Tuesday, 27 December 2016

Hai manusia!

terima kasih sudi hadir dalam hidup aku. Harini rasa cinta lain macam. Dan yang hadirkan rasa cinta ni, tak lain tak bukan, Dia. Moga Allah hidupkan hati sesucinya untuk Dia, sekuat mungkin untuk Dia. Allahu, alhamdulillah.

Ujian yang datang, rupanya hanya debu. Bila disapu, hilang dari pandangan. ujian yang datang dan pergi, ujian yang hanya kecil untuk dapat cinta Dia yang sangat suci, yang abadi. love u Allah! love u wahai manusia yang ajarkan aku makna cinta pada Dia! moga thabat ainur!!

Akhirnya Allah bagi jawapan. Tinggal aku untuk beramal. Ya, beramal. Boleh jadi gila dengan cinta ni!!

Saturday, 24 December 2016

Yang Teristimewa

Saat terasa jauh, saat terasa jatuh, saat terasa luka, saat terasa sakit, saat terasa seakan sesak.

***
mana mungkin aku nafikan cinta? sedang saat aku jatuh, Engkau yang sambut? Terangkan aku bagaimana caranya manusia boleh menafikan cinta? sedang cinta sangat manis rasanya. Maafkan aku, terlalu lambat menyambut cinta, hingga perlu masa yang lama.

***
Dear Allah..

Tunjukkan aku jalan ke syurga, jalan yang mana aku merasa cinta. Jalan yang bukan aku pilih kerana manusia. Jalan yang bisa buat aku tersenyum gembira saat diuji kesabaran.

Sayang,

Ajar aku supaya terus mengejar cinta. Ajar aku supaya selalu mengingati Mu, ajar aku. Ajar aku mencintai dengan hati yang suci. Ajar aku cinta yang sejati.

Cinta,

izinkan aku jadi yang terbaik kernaMu. izinkan setiap tutur kata, perbuatanku bergerak atas nama cintaMu. izinkan aku..

Allah,

Tegur saat aku jatuh! Aku mahu cinta dalam amal, bukan sekadar kata cinta. 


Terangkan pada aku, bagaimana aku boleh terlepas cinta setulus ini?

Wednesday, 30 November 2016

Tembok ujian

Semalam,hari ni. Betul-betul rasa rindu dengan semua orang. Rindu dengan orang yang dulu sentiasa ada di sisi, dan sekarang jauh di mata. But still dekat di hati. Dulu aku tak fikir sangat pasal ukhwah atau kata mudah, kawan2,family. Sebab diorang selalu ada dekat,waktu tu. And aku pun tak tak tahu apa rasanya bila diorang jauh. Its just true. Ada seseorang malah banyak orang yang dulu kita selalu kepoh-kepoh,sekarang pun kepoh2,tapi masa utk bersama tak lagi banyak macam dulu. Allah susun cantik,sangat cantik. Bila fikir balik aturan Allah, siapa yg Dia hadirkan, siapa yang Dia jadikan kawan,family kita, make me cry. Setiap orang yang hadir dalam hidup aku, even sehari je sempat kenal, there must be reason why Allah make them meet u. Tu buat kita akan lebih hargai setiap orang yang hadir dlm hidup kita. Even kehadiran dia kadang ujian utk kita,atau kegembiraan. Dan mungkin kita takkan jumpa orang tu lagi,lepas ni.

Allah ajar satu-satu. Dan kita hanya akan dapat apa yang Allah nak ajar,kalau kita sungguh-sungguh buat yg terbaik dlm kehidupan,sakit mana pun, walau muka tersembam ke tanah, Allah tetap ada untuk pimpin kita bangun! Kalau la datang ke nihon buat kita jauh dari Allah, percayalah tu bukan sama sekali apa yang Allah nak ajar pada kita. Kalau comfort zone la yang kita harapkan, maka tak la dunia ni kita namakan as medan ujian sebelum akhirat! Set in mind yang manusia akan ada masalah,akan ada ujian dan tempuh ujian tu dengan sihat! Langgar tembok ujian tu,mgkin akan sakit sikit, tapi kita dapat lepas ujian tu, dan terus berjalan menuju Dia! Allahu. Moga perubahan yang ada,yg baik-baik sahaja!!


Monday, 14 November 2016

Sepakat

SEPAKAT
"Kita semacam sepakat untuk menyimpan perasaan kita terlebih dahulu tanpa harus membuat kesepakatan. Karena kita tahu dan sama-sama tahu bahwa kita perlu menjaga diri sendiri dalam waktu yang sifatnya berbatas.
Mengapa berbatas? Karena kita tahu bahwa semua ini akan ada akhirnya. Apalah arti satu hari, satu minggu, satu bulan, bila kesabaran itu akan menghadiahi kita kejutan yang tidak terduga. Bahwa kesabaran itu akan memberikan kita kebahagiaan yang lebih panjang usianya. Karena kita tahu, bahwa seperti ini tidak selamanya.
Kita sedang diuji. Diuji dengan sesuatu yang mungkin sedang kita hindari, mungkin juga sesuatu yang paling kita inginkan. Kita diuji tentang sesuatu yang mungkin kita belum siap, padahal urusan kesiapan itu tidak pernah bisa dilihat oleh manusia. Karena kesiapan adalah sebuah pemberian, pemberian dari Tuhan. Bukankah selama ini kita diminta untuk berdoa guna meneguhkan hati? Dan urusan hati itu benar-benar urusan-Nya.
Kita semacam sepakat untuk tidak membicarakan ini secara terang-terangan. Karena kita mengerti, bahwa akan ada waktunya bagi kita untuk berbicara. Duduk bersama dengan kedua orang tua, mengutarakan sesuatu yang selama ini kita terka. Kita tidak sedang menunggu siapa yang memulai, karena itu tugasku.
Mari berdoa, semoga Allah melembutkan hati orang-orang terdekat kita. Semoga Allah memberikan keluasan hati pada diri kita untuk menerima segala bentuk kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Karena, masing-masing dari kita dalah ujian. Ujian yang bila kita mampu melewatinya dengan baik, kita akan selamat. Selamat setengah agama kita yang masih kita simpan."
(Kurniawangunadi)

Wednesday, 12 October 2016

Hilang dan tenggelam?

Rasanya ni post first lepas fly. Alhamdulillah, wastagfirullah, masih sihat, masih dikurnia kudrat untuk berjalan, makan dan sebagainya,hehe. Kalau nak cerita pasal hidup as student ni lepas fly, mungkin terlalu banyak n tak cukup masa nak type. Tapi, boleh aku simpulkan yang semuaa ujian and cabaran yang berlaku sepanjang ada kat japan ni, buat aku lebih kuat dari hari semalam, alhamdulillah.

Yappari, walau kat mana pun kita ada, yg membuat pilihan utk terus berpegang pada tali Allah, tu ats pilihan kita. Usahanya pada kita. Kat sini, kita tak boleh tunggu orang datang suap makanan dalam mukut kitaa. Kita yg kena cari orang untuk memberi makanan pada kita. Haa,faham tak?hehe

Kat sini, tak semestinya dapat apa yang kita suka. Tapi, kita kena belajar untuk menyukai sesuatu. Setiap orang sibuk bergelut dengan diri masing-masing. Kalau dulu, ada kawan duduk sebelah, tolong picit-picit time kita mengantuk dalam kelas, sekarang kita sendiri perlu belajar untuk sedarkan siri sendiri.

Sampai sini,awal-awal akan rasa banyak menda lost (x sure kalau aku je yg rasa). Tapi, tu pun atas pilihan kita. Untuk terus lost atau terus mencari jalan. Tak tahu korang faham tak statement ni, tapi lebih kurang macam tu la.

Mana pun kita berada, buat la KERJA masing-masing. Ramai orang hilang, ramai yang tenggelam. Keputusan untuk terus berada dalam jalan ni, atas pilihan kita. Kalaupun kita sendiri yang menhilangkan diri, sikit pun tak merugikan Allah. Dia boleh cari orang yang lagii baikk dari kita.

Nanti sambung lagi, tengah buat report. Tapi tiba-tiba terfikir nak tulis something.

Sunday, 6 March 2016

Salam,insyaAllah update KOMIT 2016. Tapi ni bukan detail, nanti yang detail mungkin akan diupload akn dtg.


Friday, 26 February 2016

Dia. Ya, dia.

Aku hanya pandang kiri kanan. Kalau saja dia tahu, aku tengah fikirkan dia. Mungkin dia tak lena tidur malam? Hehe.

Dia tengah drive. Kereta dipandu sederhana laju. Sambil memandu, kami luahkan perasaan masing-masing. Kadang aku segan, tapi takpelah. Bukan selalu aku luah perasaan, biasa aku pilih utk diam.

Aku suka biarkan suasana berbicara. Mendengar setiap tutur katanya dgn penuh rasa cinta, berfikir sedalam-dalamnya setiap kata-kata dari dia.

Jahil benar aku, kalau aku bagitau korang, aku terlalu cintakan dia, hingga aku tak boleh hidup tanpa dia.

Sebab,

Aku bernafas dengan rasa cinta ini, atas nama Si pemilik cinta, Allah. Allah juga dapat menarik sekelip mata rasa cinta aku pada dia.

Entah bila lagi aku dapat mendengar suara dia. Aku akan rindu. Akan.

" bila fly? "
" 19 mac "

Saat aku menanti hari. Saban hari, aku banyak membisu bila berhadapan dengan dia. Aku dengar satu persatu kata-katanya. Menusuk jauh ke dalam qalbu.

Aku sayang dia.

Sangat sayang.

Ni konfem-konfem dia pelik kalau baca apa aku tulis. Sebab aku jenis yang jarang ungkapkan kata cinta dan sayang, walau hati aku rasa, aku kerap sembunyi rasa hati.

Aku jenis yang setia. Siapa yang hadir dalam hidup aku, aku sukar lupa. Termasuk dia. Dia yang menjadi sebab aku dilamun cinta berulang kali. Aku yakin benar, ini cinta sampai mati mungkin?

Ehh,tak. Sampai syurga!
Dengan dia, sang murabbi yg sangat aku cinta sepenuh hati padanya. Atas nama Dia.:)




Tuesday, 2 February 2016

Aku dan walid.

Aku ada walid.😊

Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena buat.

Dari darjah enam, aku tinggal dengan walid. Ummi kerja, di Batu Pahat. Masa tu, tak fikir apa dah. Nangis je. Sebab aku rapat dengan ummi. Ummi. Kalau aku merajuk, tak lama lepas tu, aku akan dipujuk. Ummi suka peluk aku, time aku merajuk. Sebab aku akan mudah sejuk.

Tinggal dengan walid seawal 12 tahun,sangat-sangat mengajar aku. Sebab walid kadang-kadang sakit, sikit-sikit Allah ajar aku supaya buat kerja rumah. Walau tak pandai,buat jugak. Nak masuk asrama, tapi tak boleh. Aku nak jaga walid! Sebab tu ramai pindah masa form 4, i make decision not to apply any SBP. Allah juga tahu yang terbaik. Takde ape yang rugi, kalau serahkan semua padaNya.

Walid pernah beberapakali sakit. Teruk. Ingat satu malam tu, walid sakit. Keesokkannya percubaan spm kalau tak silap. Aku bangun, bila dengar suara walid panggil. Menangis. Allah je yang tahu, takut,sedih semua ada!

Aku cuma suruh walid istighfar, capai telefon, call kawan baik walid. Suruh dia datang, bawak walid pergi hospital. Aku sendiri tak sangka boleh lalui hari-hari macam tu. Aku sendiri tak tahu, dari mana kekuatan untuk hadapi semua tu. Yang aku tahu, itu hanya percikan-percikan kekuatanNya yang diberi pinjam.

Masa berlalu pantas. Kadang, sambil basuh pinggan, sambil menangis. Sebab? Sebab banyak lagi kerja rumah tak setel, homework yang tak sentuh lagi, malam ada kelas kat sekolah. Sakit, tapi alhamdulillah entah macam mana dapat lalui. Yang pasti,mestilah sebab Dia kan??

" Bila bercakap dengan orang, buang rasa ego, cakap baik-baik dengan orang lain. "

" walau kat mana along ada, walau ada masa along rindu keluarga, walid nak pesan ni, along ingat dulu Allah. "

" bila along ingat Allah, doakan yang terbaik. Hidup kita ni along, untuk Dia. "

Tu walid bagitau tadi. Aku senyap. Allahu. Moga along pun jaga diri, kerana Dia,walid.

Sungguh, setiap kesusahan, ada kemudahan.:)

Saturday, 23 January 2016

Aku,ternyata manusia.

Tak,
sebab aku tahu,aku tak nak marah.
Tak,
sebab memang aku tahu,itu dosa.
Tak,
Bukan tak pernah,selalu aku dengar,

" kalau marah bukan kerana Dia. Jangan marah! "

Tak,
Bukan aku tak tahu,
Aku tahu.

Cuma aku sedang memendam rasa,
Sabar mencuba,
Atas nama Sang pencipta.
Kerna akhirnya,aku juga manusia.
Yang terus mencuba!

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...