Friday, 28 December 2018

Aku dan perasaan

Entah kenapa.

Mata pedih. Sesekali aku tutupkan mata.
Ahh. Terasa kelopak mata bergenang.

Mahu menangiskah aku?

Atau.

Letihkah kau wahai mata?

Entah. Aku tak punya jawapan. Walau mungkin orang terdekat kerap bertanya,

" Awak ok ? "

" Ain ok? "

Yang aku mampu, pandang wajah orang yang bertanya, memberi senyuman tanda betapa aku terharu ada yang bertanya. Dan, aku anggukkan kepala,

" InsyaAllah, saya ok. "

Apa perasaanku?
- aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.

Cuma, mungkin ada rasa yang hanya aku dan tuhanku sahaja yang tahu.

Cuma, mungkin ada perkara yang, aku perlukan masa untuk merenung kembali, dan melihat apa yang perlu aku baiki.

Aku fikir begitu. Tiap persoalan yang aku sendiri kabur dengan jawapannya, aku tahu saat itu hanya tuhan yang tahu.

Dan bila aku sendiri kabur dengan perasaanku, saat itu juga aku sedar,

Kekuatan yang kita (manusia) punya, hanya dari Dia. Kita takkan dapat lalui apa yang kita hadapi sekarang, tanpa Dia.

Dan aku?
-Jawapan pada tiap kekusutan aku hari ini. Semestinya ada padaNya.

Dan kamu?
Jika merasa seperti ada sesuatu yang tidak 'lepas' atau sesuatu yang menyesakkan dadamu,

Tanya lah pada tuhanmu. Aku pasti Dia punya jawapan.

Malah jawapan yang lebih tepat untuk beri segala jawapan pada tiap kekusutanmu.

Noktah.

Sunday, 16 December 2018

Infirun - Infi Run

Infi run.

Masa dengar pasal run ini, serius, tak terfikir apa-apa maksud disebalik ' infi run '.

Sebelum ke Infi Run ini, seriously tak ada yang terlintas, melainkan, rasa rindu membuak-buak nak jumpa akhwat kesayangan, yang belum pernah bertentang mata atau yang dah pernah jumpa.

' infiru khifafan wa tsiqalan '
Berangkatlah kamu dalam keadaan berat atau ringan.

Infiru. Berangkatlah, bergeraklah, dan berlarilah menuju tuhanmu❤️

Berlari membuat kebaikan semampu mu. Berlari menyebarkan kebaikan-kebaikan dicelah-celah manusia, meski ada masanya, kau tahu, manusia terkadang menghiraukanmu.

Infi run.

Sebab saya as volunteer (disclaimer: bukan runner๐Ÿ˜…). Masa kat garisan penamat tu, rasa terharu tengok ikhwah/akhwat yang berlari dan sampai sambil tolak stroller anak-anak. Ada yang sampai anak tertidur. Kata mereka, itulah infi run. Terasa benar pelbagai kesusahan menolak stroller sampai ke garisan penamat.

Yang single pula, lain ceritanya.
Mungkin stuggle bila mahu hadirkan diri utk program? Disebalik penatnya kerja dan kelas, exam, task dan mcm2.

Begitulah. Untuk sampai ke penamat itu (hari akhir) , kadang memerah tenagamu. Kadang terasa benar beban yang perlu dipikul. Kadang terasa jauh benar penamat itu. Jauh benar perjalanan ke syurga itu.

Tapi begitulah kita diuji. Dunia adalah ujian. Yang membezakan, ialah bagaimana kita menjadikan dunia as bekal untuk hari penamat nanti.

Begitula Infi Run kali ini benar-benar menyentuh saya. Everyone have their own struggle, but, infiru khifafan wa tsiqalan !

Susah, tapi bila kita berkehendakkan kebaikan, maka percayalah Allah akan mudahkan !!

Jzkk semua ikhwah/akhwat yang terlibat. Moga Allah mudahkan urusan kita dalam jalan ini. Ameen2, insyaAllah.❤️




Tuesday, 11 December 2018

Curhat

" Give me one ayat. "

" Rindu nak dengar sharing ayat dari Alia. "

Pendek. Tapi cukup untuk sampaikan hajatnya.

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

(Surah Yusuf : 53) 

Senyuman terukir di wajahnya. Alia merapatkan badannya pada penjuru dinding.
Matanya memandang Syila, teman baiknya dari kolej persediaan. Juga, usrahmate pertama dia, awal-awal terjebak dalam bulatan gembira.

" Entah kenapa. Kagum saya pada ayat yang terkeluar dari seorang Nabi Yusuf as. Ayat permulaannya sahaja, dia mengakui adanya kesilapan dan nafsu pada seorang manusia. "

" Ketundukan seorang hamba pada kelemahan yang ada pada dirinya. Mengakui lemahnya seorang hamba terhadap nafsunya sendiri. "

Syila mengukir senyuman. Alia menyambung,

" Maka Nabi Yusuf as sedang mengajar kita, bahwa kelemahan pada seorang manusia tak beerti dia sudah tidak punya harapan untuk kembali pada tuhannya. "

Tangannya memegang erat tafsir Quran di tangan.

" Nabi Yusuf as mengajar kita, kerana kita punya kelemahan itulah, kita sepatutnya tahu, kita perlukan tuhan utk membimbing kita. "

Ahh, natsukashi. Sudah agak lama dia jarang punya ruang waktu sebegini untuk berbual.

" Dia mengajar kita, bahwa kesedaran manusia pada kelemahan itu, boleh jadi kekuatan jika dia kembali pada tuhannya, benar-benar percaya Allah akan membantu dengan segala kelemahan yang dia ada. Dan dia terus perbaiki diri, walau sekecil-kecil usaha. Terus kembali pada Allah, walau dengan merangkak sekalipun. "

Alia mengukir senyuman, dipandang penuh kasih sayang wajah sahabatnya di hadapan.

Allah. Kurniakan kami hati yang peka. 

Yang selalu mencarimu, dalam tiap titik kelemahan kami.

Wednesday, 5 December 2018

Harapan

Maka, nak dijadikan cerita, 23 tahun lepas, seorang Ainur dilahirkan sebagai seorang perempuan, anak sulung dari sebuah keluarga yang sederhana.

Walaupun dah 23 tahun, masih ada yg sudi sambut birthday, hehe, arigatou ne.

By the way,  time hari jadi tu, Allah hadiahkan banyak kerja kat office, banyak issue kena settlekan. Alhamdulillah, Allah nak seorang Ainur belajar something pada hari dia dilahirkan, hehe.
Oh, bukan tu nak cerita sebenarnya.

Semalam lepas makan-makan,

Diorang cakap, nak dengar ‘Harapan’ sempena birthday ni.

Shoujiki ni (Honestly), masa tu terkedu, sbb seorang ainur pun tak terfikir apa-apa harapan atau cita-cita sempena hari lahir dia. Cuma, masa tu, tiba2 terfikir, ima tottemo hoshii koto ga arunda (ada something sy yang nak sangat2 jadi )

Then, terkeluar smalam,

“ nak jadi orang yang beri manfaat pada orang lain. “

Tottemo hoshii na, to omou.

Nak jadi orang yang mana, selalu belajar something dari tiap orang yang dia jumpa.

Selalu belajar dari sisi-sisi kebaikan orang lain. Someone yang selalu belajar walau sikit kebaikan dari tiap orang.

Sebab aku percaya, tiap orang mesti ada kebaikan masing-masing. Setiap orang, mesti ada walau sikit rasa nak buat baik. Dan aku, nak belajar dari kebaikan-kebaikan yang ada pada tiap orang yang aku jumpa.

Dan,

Selalu jadi someone yang mana, orang lain dapat belajar walau sikittt kebaikan dari diri ni.

Kepada semua yang hadir dalam hidup aku sepanjang 23 tahun ni,

Terima kasih. Pasti ada sesuatu Allah ingin kita belajar dari perkenalan kita hingga ke hari ini. ๐Ÿ˜Š

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...