Tuesday, 27 December 2016

Hai manusia!

terima kasih sudi hadir dalam hidup aku. Harini rasa cinta lain macam. Dan yang hadirkan rasa cinta ni, tak lain tak bukan, Dia. Moga Allah hidupkan hati sesucinya untuk Dia, sekuat mungkin untuk Dia. Allahu, alhamdulillah.

Ujian yang datang, rupanya hanya debu. Bila disapu, hilang dari pandangan. ujian yang datang dan pergi, ujian yang hanya kecil untuk dapat cinta Dia yang sangat suci, yang abadi. love u Allah! love u wahai manusia yang ajarkan aku makna cinta pada Dia! moga thabat ainur!!

Akhirnya Allah bagi jawapan. Tinggal aku untuk beramal. Ya, beramal. Boleh jadi gila dengan cinta ni!!

Saturday, 24 December 2016

Yang Teristimewa

Saat terasa jauh, saat terasa jatuh, saat terasa luka, saat terasa sakit, saat terasa seakan sesak.

***
mana mungkin aku nafikan cinta? sedang saat aku jatuh, Engkau yang sambut? Terangkan aku bagaimana caranya manusia boleh menafikan cinta? sedang cinta sangat manis rasanya. Maafkan aku, terlalu lambat menyambut cinta, hingga perlu masa yang lama.

***
Dear Allah..

Tunjukkan aku jalan ke syurga, jalan yang mana aku merasa cinta. Jalan yang bukan aku pilih kerana manusia. Jalan yang bisa buat aku tersenyum gembira saat diuji kesabaran.

Sayang,

Ajar aku supaya terus mengejar cinta. Ajar aku supaya selalu mengingati Mu, ajar aku. Ajar aku mencintai dengan hati yang suci. Ajar aku cinta yang sejati.

Cinta,

izinkan aku jadi yang terbaik kernaMu. izinkan setiap tutur kata, perbuatanku bergerak atas nama cintaMu. izinkan aku..

Allah,

Tegur saat aku jatuh! Aku mahu cinta dalam amal, bukan sekadar kata cinta. 


Terangkan pada aku, bagaimana aku boleh terlepas cinta setulus ini?

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...