Setiap orang ada jalan cerita masing-masing. Dan aku yakin, setiap jalan cerita kita, Allah pasti meletakkan yang terbaik untuk kita.
Bersyukur dengan apa yang ada, lebih baik dari merungut apa yang tiada. Kerana apa yang ada sekarang, sudah tentu tentulah ada perancangan baik dari Dia.
Cukup saja dengan keyakinan ini. Keyakinan bahwa rezeki takkan kemana jika ia tertulis untukmu. Dan aturan ini, sudah semestinya yang terbaik dari sisiNya.
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Friday, 20 October 2017
Hari-hari kita
Hari-hari Kita
Malam tu, malam yang sangat istimewa dia kira.
Beberapa kali dia berpaling kearah jam dinding berdekatan
pintu masuk. Dalam letih, sedikit sebanyak kehadiran mereka melegakan hati yang
sedang haus, fikiran yang sedang kacau dengan pelbagai rasa. Ahhh.
Tapi, dia sendiri tahu. Kehadiran mereka hanya perantara,
akhirnya Allah jua yang berkuasa selesaikan semua.
Tepat jam 9 malam.
“ Assalamualaikum! “
Dia tersenyum. Yang ditunggu sampai. Pintu dibuka dan
senyuman dia dan mereka pembuka bicara.
***
“ Kalau kita tengok orang sakit, tak boleh bangun, terlantar
atas katil, boleh ke dia bangun dan makan ubat sendiri? “
" Erm.. "
Dia berfikir. Secara logiknya memang tak boleh
bangun. Apatah lagi kalau condition pesakit tu parah, kritikal yang memang tak
dapat bergerak. Impossible untuk pesakit tu ambil sendiri ubat dan makan
sendiri. Memang IMPOSSIBLE.
“ Impossible, impossible. Kan? “ Dia memandang tepat kearah
mereka sambil mengukir sedikit senyuman dengan riak muka penuh tanda tanya
tentang apa yang bakal diperkatakan oleh sahabat di hadapannya.
“ Yup. “ Singkat.
Sambungnya lagi,
“ Macam tu keadaan kita sekarang. Kita tahu dan selalu
bercerita tentang masalah yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Keadaan yang
makin parah, pelbagai isu kronik dihadapi, dan keadaan semakin kritikal, dan
umat sedang sakit. “
“ Maka mampukah yang sakit mengubati sendiri sakitnya?
Sedang sakitnya mungkin membuat dia lumpuh tak mampu berjalan bahkan makin
tenat jika ubat tak diberi dengan kadar segera?
Maka disitulah perlunya kita membantu mereka yang perlu
dengan memberi ubat yang mujarab sepanjang zaman. Al Quran. Ya, ubat mujarab
sepanjang zaman! Hanya itu ubat untuk mengubah 360 darjah kehidupan kita yang
telah lama jauh dari Allah, bergelumang dalam kancah maksiat dan hati yang
sudah keras dek solat ditinggalkan. “
Dan kita? Dalam diam dia persoalkan dalam hati setelah
mendengar penjelasan panjang lebar tadi. Kita ingin memberi ubat, beri kebaikan
pada yang sakit, bagaimana pula jika kita pun dalam kesakitan? Doktor
sepantasnya mengubat dan melegakan keadaan pesakit, tapi doctor yang diharapkan
malah hilang, doctor juga sakit dan perlukan ubat!
Ya, sudah tentu doctor juga perlukn ubat! Doktor juga
seorang manusia. MANUSIA. Cuma seorang doctor yang benar-benar faham tujuan dia
bekerja sebagai seorang doktor, faham kenapa dia ditugaskan sebagai seorang doktor,
akan sedaya upaya tahap all out,menjaga kesihatan dirinya. Dari pemakanan,
kesihatan tubuh badan, membekalkan diri dengan sebaik-baik kesabaran, untuk
mengubati pesakit.
Doktor juga manusia yang boleh jatuh sakit. Kerna itu doktor-doktor
yang faham matlamat dia bekerja akan cuba menjaga kesihatan ‘tubuh badan’ nya
supaya sihat walafiat. Dalam erti kata lain, kita sendiri perlu menjaga jiwa,
moga is sentiasa sihat! Beri makanan pada jiwa. Beri ubat saat ia luka berdarah.
Ah,cantik benar perumpamaan kali ni. Dan bila para doktor sihat,
mereka bergabung tenaga dan kepakaran masing-masing untuk menyembuhkan pesakit
yang tadinya terlantar koma lagi parah.
Kitakah ‘doktor’ yang sakit itu?
Jika sakit, cegahlah dari mula. Supaya kembali sihat dan
bertenaga!
Dan ubat yang mujarab untuk mengubati hati semestinya Al
Quran!
" Katakanlah, ‘Siapakah akan menjaga kamu pada malam dan
siang daripada (azab) Allah yang Maha Pengasih? ‘ Tetapi mereka enggan mengingat
Tuhan mereka. "
(Al Anbiya 21:42)
‘ Allahuakbar walillahil hamd ‘
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...
