Assalamualaikum!
Hai. Rasa macam dah lama tak update blog ni. Ada menulis sikit, tapi banyak save dalam phone.
Baki sebulan lebih sebelum BFG(back for good) ke Malaysia. Ya,kali ni bukan balik bercuti, ni betul-betul balik dan mulakan kehidupan dan menjalani medan sebenar di Malaysia. :)
Moga mental dan ruhani prepare utk menghadapi kehidupan di Malaysia. Memang dibesarkan di Malaysia punn, cuma honestly, di Jepun saya sendiri dapat merasakan banyak dapat belajar dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni. Jepun yang mematangkan lagi seorang manusia yang kerdil ni.
Alhamdulillah, akhwat-akhwat jepun mahupun malaysia yang tak pernah lupa menasihati diri, selalu ambil berat dengan keadaan akhwat lain.
Tapi, ada satu menda yang saya rasa paling besar saya belajar dari akhwat jepun sepanjang 2 tahun.
Mereka sentiasa telus dan memperbaiki kekurangan. Paling penting, mereka sedar adanya kekurangan dan bertindak, tanpa henti. T_T
Sungguh, telus antara yang plg penting dalam DnT. Jika tiada ketelusan dan kejujuran, mustahil kita dapat mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Telus ni bukan setakat jujur je, tapi dengan kata lain menyuarakan pendapat masing-masing,cara fikir masing-masing. Mereka membuang batas-batas umur,konsep senior dan junior, mereka mendengar suara semua. Kerana utk mengubah, untuk tarbiyah, kita perlu bersedia utk ditarbiyah oleh semua orang.
Yang dah lama atas jalan ni, dengarlah suara-suara adik2 di bawah. Dan yang adik2, jangan segan telus menyuarakan suara anda,huhu. communication 2 ways, kita perlu tanya apa yang kita tak tahu, dan paling penting kena faham apa yang kita buat. Kita bekerja dengan Allah, maka kalau niat kita dicontrol oleh manusia.......kita boleh lelah,semput, akan ada asthma dan sesak nafas dipertengahan jalan, sebab tanpa sedar kita bekerja kerana manusia.
dan semua ni, saya belajar dari mereka. :)