Friday, 18 January 2019

Takut?

Tak tahu kenapa.

Ada masa, rasa macam nak putus asa.
Tak nak fikir apa-apa.

Tak nak mengejar apa yang kabur.
Tak nak letak harapan pada apa yang tak pasti.
Tak nak fikir apa-apa tanggungjawab.

Tapi. Manusia.

Dalam tak nak fikir apa-apa pun, mesti ada sikit terfikir.

Atau, ahh.
Perempuan. Begitulah. Banyak emosi.

Mungkin.

Ada masa, rasa semangat nak kejar apa kita rasa, harapan kita.

Tapi ada satu masa, kita rasa nak lepaskan semua.
Berhenti.

Tak perlu letak apa-apa effort atau usaha.

Tapi boleh ke? Boleh ke semua tu?

Keep on cakap kat diri sendiri, yametai wa.
Yameyou.
Nandemo kangaetakunai.
Sore dake desu.

***

Tapi,

" Mesti rasa macam nak lari kan? "
Sambil memandang aku dia menyoal.

" A'ah. Betul. Nak lari, tak nak fikir apa-apa. Takut pengakhirannya sakit. Jadi, rasa nak lari. "

Senyap.

" Jangan lari. Walaupun mungkin pengakhirannya sakit untuk kita, tapi kita tahu, Allah nak ajar something dari apa yang kita rasa. Kan? "

Sebak. Ya, aku lupa.

Allah takkan izinkan something tu berlaku tanpa ada apa-apa pengajaran.
Allah mesti nak ajar something. Itu memang tak dapat dinafikan.


Tapi. Takut sakit. Takut tak mampu.

Tapi.

Allah takkan izinkan, kalau Dia tahu, hambaNya tak mampu bukan?

Dan. Kenapa aku perlu takut.

Kalau aku memang tahu, Dia tetap ada. Setia di sisi?

Kenapa takut?

Tuesday, 15 January 2019

Doa dan harapan






" Ain okay? " sambil tersenyum dia bertanya.

Mungkin sudah dapat mengagak apa yang bermain di fikiran teman rapatnya itu.

" Dou sureba ii ka. Wakaranai. "

Lost. Ain memandang rakannya. Senyuman tawar  mengakhiri jawapannya sebentar tadi.

" Make it simple. Bukan kerja kita. Kan? "
Ain menyambung.

" Kita hanya perlu berusaha. Ada perkara, kita rasa kita dah usaha, tapi tak nampak cahaya. Tak nampak jalan keluar. "

" Tapi. Yang tertinggal itu, mungkin doa. "
Sambil memandang wajah teman rapatnya, lancar dia meluah segala isi hati.

" Ya, yang tertinggal itu doa. "

" Yang salah tu, bila harapan kita pada manusia lebih tinggi berbanding harapan kita pada Dia. "

" Kita punya harapan. Tapi yang mengabulkan harapan itu... "

" Dia. "

Noktah.

Tuesday, 8 January 2019

Cinta


Dan begitulah cinta mengajar seorang manusia.

Belajar untuk berusaha. Belajar untuk tiap kekurangan. Belajar untuk sebuah kekuatan.

Belajar berkorban. Belajar untuk bangun dari kegagalan.

Dan

belajar untuk lebih dekat denganNya.

Moga Allah pandu tiap rasa cinta kita.






Wednesday, 2 January 2019

Jawapan. Mana kau?

Erm. Entah kenapa sejak 2-3 minggu ni, ada sesuatu yang aku tengah fikir.

Sampai satu masa, aku decide. Aku akan biarkan apa yang bermain dalam fikiran aku ni, hilang atau pergi macam tu je.

Walau masih tak ada jawapan.

Tapi aku yakin, jawapan tu akan ada.

Dan aku. Masih terikat dengan dua persoalan. Yang aku tahu, aku tak berhak buat keputusan.

Apa persoalan tu?

(Ni rahsia antara aku dan tuhan)

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...