Duhai akhwat. Kehadiranmu tak pernah tidak mengecewakan.
Masih jelas malam tu. Kita berada dalam satu bulatan dengan roti nan dan ayam masak merah berada di tengah bulatan. Mengancam. Tak sabar nak makan. Huh
Lepas tadabbur dan bersembang beberapa topik, akhirnya semua kenyang. Sesekali sambil membincangkan akhbar islamiah atau isu semasa, tangan masih bergerak makan beberapa cubit makanan di hadapan.
“ Kita mungkin juga selalu lupa. “ katanya.
“ Untuk terus berdoa pada Allah semoga Dia memberi petunjuk untuk berada di jalan yang betul. “
Menarik. Tangan terus berhenti menyuap makanan sebentar.
“ Semoga jalan yang kita pilih, jalan yang diredhaiNya. Penuh keberkatan dan rahmatnya. Even kita sendiri tak tahu adakah pilihan kita sekarang adalah pilihan yang diredhai Allah? Atau kita memilih hanya dengan kaca mata kita as manusia. “
Akhwat. Tak pernah gagal membuat hati berdegup kencang dek kata-katanya. Kalau bukan dari kata-kata, cukup akhlaknya membuat jiwa mengingati penciptanya. Ahh. Ya Allah, terlalu baik Engkau hadirkan mereka disisi. Sungguh. Nikmat apa lagi yang aku berdusta? Allahu
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Wednesday, 3 January 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...