Hisashiburini, update blog.
Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya seorang Ainur bertukar fasa, fasa berkahwin dah sah menjadi seorang isteri pada seorang lelaki.
Actually, sebelum ni dah beberapa kali tulis blog lepas kawin, tapi end up save dalam draft sebab tak terpost, hehe. And harini, terasa nak start taip and update sikit blog yang dah lama berhabuk ni.
Terfikir jgk, ape la yang nak tulis untuk update kali ni. So, tetiba terfikir, nak tulis tiap benda atau perkara yang seorang ainur belajar. Entah. Menulis apa yang aku rasa, supaya tak mudah lupa tiap nikmat yang diberi. Menulis supaya lebih bersyukur. Kana?
Ramai yang tanya, dah berapa lama kenal suami?
Macam mana boleh tau dia jodoh yg betul?

Dah berapa lama tu, mungkin sebelum kahwin dalam 10-11 bulan. Itupun bukan kenal rapat, awal-awal cuma kebetulan masuk satu team kat sebuah syarikat kat Cyberjaya ni.
Start serius akhir bulan 4, bertunang awal bulan 5, kahwin awal bulan 6. Alhamdulillah.
Bila ingat balik, rasa mcm Allah sangat2 mudahkan urusan kami. Ingat lagi, dalam seminggu, banyak menda terjadi. Isnin, suami bagitahu dia nak serius dan nak inform family untuk next step, Selasa kebetulan ada makan-makan, jadi jumpa terus family suami. Hujung minggu tu kebetulan family mentua ke Terengganu, and umi abah suami terus jumpa umi walid.
Sekelip mata. Kitorang agk terkejut, tapi bersyukur Allah mudahkan urusan, banyak menda berlaku dalam minggu tu.
Dan sekarang, selamat berkahwin. Moga Allah kurniakan sakinah, mawaddah, warahmah buat kami.
' Macam mana tahu tu jodoh yang betul? '
huhu, soalan ni susah nak jawab. Honestly, kita takkan tahu jodoh kita macam mana. Dan bila dah kahwin, kita takkan tahu jodoh kita mcm mana, meninggal dulu ke, ape2 terjadi ke, kita tak ada kuasa untuk semua tu.
Cuma, sampai masanya, Allah akan mudahkan and banyak-banyak doa, istikharah. (ni agak cliché, saya tau, hehe)
Dan, jawapan yg saya selalu bagi jugak,
macam mana kita tau tu jodoh kita, ialah bila kita make effort, put effort.
Mintak betul-betul dengan Allah, usaha betul-betul, make effort untuk halalkan hubungan kita, pasang niat kenapa nak mendirikan rumah tangga.
Take step untuk proceed ke next phase. :)
BTW, tak percaya sempat curi masa update post ni even dalam office sekarang ni, hehe.
Mata ne!
No comments:
Post a Comment