Aku hanya pandang kiri kanan. Kalau saja dia tahu, aku tengah fikirkan dia. Mungkin dia tak lena tidur malam? Hehe.
Dia tengah drive. Kereta dipandu sederhana laju. Sambil memandu, kami luahkan perasaan masing-masing. Kadang aku segan, tapi takpelah. Bukan selalu aku luah perasaan, biasa aku pilih utk diam.
Aku suka biarkan suasana berbicara. Mendengar setiap tutur katanya dgn penuh rasa cinta, berfikir sedalam-dalamnya setiap kata-kata dari dia.
Jahil benar aku, kalau aku bagitau korang, aku terlalu cintakan dia, hingga aku tak boleh hidup tanpa dia.
Sebab,
Aku bernafas dengan rasa cinta ini, atas nama Si pemilik cinta, Allah. Allah juga dapat menarik sekelip mata rasa cinta aku pada dia.
Entah bila lagi aku dapat mendengar suara dia. Aku akan rindu. Akan.
" bila fly? "
" 19 mac "
Saat aku menanti hari. Saban hari, aku banyak membisu bila berhadapan dengan dia. Aku dengar satu persatu kata-katanya. Menusuk jauh ke dalam qalbu.
Aku sayang dia.
Sangat sayang.
Ni konfem-konfem dia pelik kalau baca apa aku tulis. Sebab aku jenis yang jarang ungkapkan kata cinta dan sayang, walau hati aku rasa, aku kerap sembunyi rasa hati.
Aku jenis yang setia. Siapa yang hadir dalam hidup aku, aku sukar lupa. Termasuk dia. Dia yang menjadi sebab aku dilamun cinta berulang kali. Aku yakin benar, ini cinta sampai mati mungkin?
Ehh,tak. Sampai syurga!
Dengan dia, sang murabbi yg sangat aku cinta sepenuh hati padanya. Atas nama Dia.:)
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...
No comments:
Post a Comment