Hujung minggu ni balik rumah. Kebetulan jepun cuti, jadi dapat la cuti jugak isnin.
Kalau masa kat nihon dulu, salah satu target lepas bfg, ialah selalu boleh jenguk family. Jadi, aku target, sebulan sekali akan jumpa diorang.
Balik haritu, alhamdulillah semua sihat.
Ummi ada bagitau,
" Seminggu sebelum along balik, adik-adik sibuk kumpul duit. "
Adik-adik (yg belajar sekolah rendah).
Aku pelik jugak. Kenapa nak kumpul duit?
Tanya ummi,
" Kenapa, mi? "
Sambil minum kopi , aku sembang dengan ummi. Adik-adik ada kelas agama petang.
" Diorang kumpul duit dari duit sekolah. Nak belikan along hadiah. "
Aku lagi pelik. Sejak balik ni, tak ada pun dapat hadiah ke apa ke? Erm musykil. Hadiah apa pulak ni?
" Hadiah? Hadiah apa? "
" Hadiah saja diorang beli untuk along. Nak dijadikan cerita, diorang kumpul duit pastu beli biskut kat along, banyak jugak. "
" Oh, ye kee. Pastu?? "
Aku lagi la tertanya-tanya. Masalahnya, dah sehari kat rumah ni, batang hidung biskut dari diorang, aku tak nampak pun. Takde dapat pun. Biskut jagung ada la. Yang memang ada kat rumah, haha.
Ummi sambung,
"Lepas tu, si Aisya (adik paling kecik) nangis nampak biskut tu, dia nak jugak biskut yang diorang beli tu. "
" Lepas tu, dia pun nangis merajuk. Sebab dia dah kumpul duit nak beli utk alg. "
Aku diam,
" Ye kee. "
Ummi sambung lagi,
" Sampai nangis teresak-esak, sampai last2 walid bagitau walid belikan yang lain nanti. "
" Sukanya diorang along balik..sampai sanggup kumpul duit nak beli biskut. "
Aku terdiam. Yg mampu aku jawab,
" Ye ke, ya allah kesian diorang, mi. "
Bukan ummi n walid tak mampu beli biskut😅
Cuma aku tau, diorang nak bagi hadiah dengan hasil kumpul duit sendiri.
Masalah sekarang ni, aku yang rasa bersalah.
Sejak kerja, malam lepas kerja, kadang penat badan. Aku tanpa sedar dah kurang cakap telefon dengan adik-adik. Selalu call, banyak cakap dengan ummi n walid. Walau aku tau, adik-adik sebenarnya banyak nak cerita.
Aku balik rumah ni pun, kadang tak tersempat layan. Serius.
" Alongg, tahu tak kat sekolah kak ah.. "
" Along, along tengok ni. "
" Along, aisya dah pandai pakai seluar sendiri "
Dan macam2. Budak-budak, time org bercakap, dia pun nak bercakap.
Tapi aku tau, diorang ada banyakk menda nak cerita. Dan aku beruntung, adik-adik nak share dengan aku. Tapi, aku takut. Takut aku yang tak luangkan masa sebaiknya dengan diorang.
Dan adik-adik, macam biasa.
Tiap kali aku balik kl lepas cuti (dulu tiap kali aku balik jepun masa belajar),
Bila aku balik and buka beg, mesti ada surat diorang letak. Pendek dan ringkas.
" Ara dan kak ah sayang along selamanya "
" I love you, along "
Dan aku?
Masih struggle jadi kakak pada 6 orang adik perempuan.
***
Sebab tu, aku percaya jugak.
Selaju mana pun kita dalam dnt.
Lebat mana pun kita share post baik-baik.
Banyak mana pun masa kita dengan mad'u, dengan usrah, dengan program2.
Akhirnya, keluarga juga salah satu amanah besar yang memang kita perlu akui.
Keluarga juga salah satu medan dnt.
***
Mungkin selalu perasan aku post pasal kerja, pasal family.
Pasal kehidupan seharian.
Sebab aku pun percaya,
Aku hidup hari ini, dengan kekuatan dari tiap perkara yang Allah izinkan berlaku sekeliling aku.
Aku banyak dapat belajar dari manusia lain yang hadir.
Dan manusia yang hadir dalam hidup aku, terima kasih.
Sebab aku pasti, aku belajar sesuatu dari korang.
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Sunday, 7 October 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...