Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Wednesday, 7 June 2017
SPU Solution
Untuk buat fiber guna electrospinning machine pun perlu letak betul-betul berat,berapa ml kena campur liquid yang perlu. Bukan tu je, tak boleh ada campuran lain (habuk etc) lagi dalam solution tu. Sebab nak pastikan fiber yang terhasil tu,fiber yang baik n dapat guna untuk hasil yang baik.
Apatah lagi manusia. Kalau 10 muwasofat tarbiyyah tak ditanam betul-betul,tak diusaha sebaiknya supaya ia tertanam dalam diri,bagaimana dengan proses penghasilan IM dalam diri? Bukan tu je, kalaulah dalam tarbiyyah sendiri seribu satu kekotoran diheret sekali, apalah akan jadi dengan penghasilan IM yang berkualiti dan dapat beri impak yang baik?
Moga diberi kekuatan untuk si diri. Bahwa sedarlah diri,banyak perlu dibaiki.
Friday, 2 June 2017
Baskin Robins yang digilai~
Ice cream. Ice cream yang boleh buat orang beratur panjang untuk beli. Dasyatnya ice cream,ramai orang berebut nak rasa,nak dapatkan dia. Fitrah,mestila orang suka makan yang sedap-sedap. Ada ke orang nak makan ice cream yang rasa kosong,macam air kosong?🤔
Macam kita. Hidup lagi bermakna kalau dicampur pelbagai rasa dan perisa. Hidup lagi 'lazat' bila mana Allah izinkan kita dapat rasa,dapat melihat,dengar,kecewa,gembira. Cuba bayang kalau hidup tak ada 'perisa' ? kosong. Bila hidup kosong, sebenarnya kita dah hilang 'kelazatan' yang kita cakap kita tertunggu-tunggu. Hidup cukup 'lazat' kalau semua 'rasa' kau anggap sebagai 'nikmat' .
Thursday, 1 June 2017
Al Kisah dari Al-Ahqaf!
Ramadan Kareem!!!
Alhamdulillah, masih belum terlewat untuk ucap selamat berpuasa. alhamdulillah, masih diberi nikmat merasai Ramadan. :)
Semalam, sempat belek-belek tafsir surah ni. Surah ke 46,Al-Ahqaf. Ayatnya berbunyi,
" Dan (ingatlah) , pada hari ketika orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (sambil dikatakan kepada mereka) " Kamu telah menghabiskan rezeki yang baik untuk kehidupan duniamu dan kamu telah bersenang lenang menikmatinya maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan, kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana berbuat derhaka (tidak taat kepada Allah) "
(46:20)
(46:20)
Lepas baca ayat ni, baca lagi dan lagi. Mendalam sangat apa yang Allah sampaikan. Bukan setakat mendalam, tapi perasaan pun jadi bercampur-baur. Automatik lepas baca ayat ni, tertanya diri sendiri, apa rezeki atau nikmat yang Allah bagi pada kita sekarang, kita benar-benar guna sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat? atau, apa yang boleh kita persembahkan di hadapan Dia yang paling kita sayang, Allah di padang Masyar kelak?
".... Kamu telah menghabiskan rezeki yang baik untuk kehidupan duniamu...."
![]() |
| ihsan google |
Tapi, alangkah sedihnya, alangkah dukacitanya, tatkala semua nikmat dan rezeki yang dianugerahkan pada kita, hanya setakat di dunia sahaja. Contoh?
Kita ada sepasang tangan, alhamdulillah yang punya cukup tenaga untuk membuat kerja. Saraf-saraf malah darah masih mampu mengalir dengan baik hingga tangan mampu bekerja dengan baik juga. Tapi, sepasang tangan yang tak tergambar istimewanya ini, bahkan lebih banyak dihabiskan dengan perkara-perkara melalaikan. Lebih banyak diguna untuk men- scroll timeline Fb, dan sebagainya. huhu.Jangan bimbang, tak salah manfaatkan kelebihan media massa. Media sosial pun teramat banyak faedahnya. Cuma, setakat mana kita gunakannya untuk perkara yang boleh jadi saksi di hadapan Allah kelak, bahwa nikmat ini,kita cuba manfaatkan sebaliknya.
Lagi epik bila Allah sambung,
"..... Kamu telah bersenang lenang menikmatinya.. "
" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. "
(103:1-2)
Ya. Tak dapat dinafikan, kita sangat bersenang-lenang dengan masa-masa yang kita lalui. Ambil 2-3 minit, cuba fikir and reflex balik, dalam satu hari yang dah berlalu, masa mana yang betul-betul kita luangkan dengan efektif? Especially bulan Ramadan ni. Berapa banyak masa yang berlalu, dan kita biarkan berlalu tanpa ada apa-apa yang boleh kita present kan depan Allah kelak?
![]() |
| ihsan google |
Berapa banyak masa, yang berlalu tanpa kita ambil walau beberapa minit untuk bercakap dengan Si Dia? Percayalah. walau 5 minit masa kita luangkan untuk bercakap dengan Dia, takkan sama rasanya dengan sejam kita berborak kosong. Masa yang berlalu akan terus tinggalkan kita yang masih terbuai dengan kesenangan dan nikmat sebentar di depan mata. Sampai lastly, Allah kata,
"... maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan, kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana berbuat derhaka (tidak taat kepada Allah).. "
' kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran '. Allahuakbar. Berapa banyak lagi amaran dari Allah yang kita buat endah tak endah. Dah berapa banyak kali kita ditegur melalui ayat-ayatNya? *menangis
" Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihtan mereka telah tertutup,dan mereka akan mendapat azab yang besar. "
(2:7)
Cukup surah Al-Baqarah ini menjadi amaran tanda sayangnya Dia pada kita. Ya, moga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan yang dikunci hati, ditutup pendengaran. Moga-moga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...



