Dan,harini hari pertama ikut ummi pergi sekolah. Dan harini juga baru tengok keadaan dalam bilik guru. Cuba teka? Semua gorgeous,hehe.
Ermm,tapi bukan tu je.
Bila masuk je bilik guru ni, sedikit sebanyak dah dapat rasa 'aura' dia. Haa, aura apa?
Entahla kalau orang lain datang, dia akan rasa yang sama atau tak. Secara normalnya, memang zaman-zaman sekolah dulu-dulu, rasanya rata-rata student masuk bilik guru,kan? Hehe. Kalau bukan sebab nak tanya cikgu soalan yang tak faham, paling kurang pun tolong cikgu angkat buku atau ambil barang cikgu yang tertinggal dalam bilik guru! Haa,tapi hari ni first time saya berpeluang masuk bilik guru di pagi hari,cikgu-cikgu tengah sibuk berlari-lari anak untuk punch card, tengah sibuk susun file untuk dihantar(saya tak sure file apa,tapi semua kena hantar) dan memang kebetulan sangat, saya datang hari Isnin, yakni hari perhimpunan sekolah! Hehe
Ok2, kita berbalik pada 話(hanashi-perbualan) asal kita. Kenapa tiba-tiba saya cakap pasal sekolah,cikgu,file dan perhimpunan ni? Mimpi ke? Eh,tak. Ini bukan mimpi,ini kenyataan based on pengamatan dan pemikiran saya yang kerdil. Ceritanya bermula bila pagi-pagi lagi,saya sampai di sekolah ni,tepat jam 7 pagi waktu malaysia. Hehe
Lepas tu, kebetulan ummi bertugas jaga pagar dengan sorang lagi cikgu (rasanya zaman dulu, guard sekolah atau student yang jagakan. Atau bergantung pada sekolah),saya ditinggalkan tanpa sebarang kabar berita di bilik guru. Hehe. Agak akward, sebab semua cikgu asyik pandang je. Tapi, alhamdulillah sempat salam-salam, beri sedekah sikit pada diorang( AKA senyum). Tapi, mungkin juga kebetulan, pagi ni semua sibuk settle file masing-masing. ' Bilik gerakan dah buka? Dah boleh hantar file ' tanya sorang cikgu ni. ' Dah buka, dah nak hantar ke? Jangan pergi sorang-sorang. Berhantu bilik tu! ' sampuk sorang lagi cikgu gorgeous ni. Saya tersentak kejap, sempat lagi diorang bergurau dalam sibuk pagi-pagi ni. Yang lain ketawa. Dengar suara-suara cikgu lain ' Dan siap tulis skop pembelajaran tu? ' , ' Tolong key in maklumat ni ' . Aaa, dan banyak lagi. Tapi, satu rasa yang dapat saya time ni, rasa ' kagum ' .
Tahukah kita, yang cikgu yang datang ke sekolah ni, bukan semua bujang? Ada ramai cikgu, termasuk ummi saya, yang anak mereka 5 orang ke atas. (Eh,bukan masalah kita pun!!) Tapi, macam mana diorang berusaha,walau agak terkejar-kejar untuk siapkan kerja rumah dan kerja di sekolah. (Alaaa, bukan cikgu je, doktor lagi banyak pengorbanan! ) Sebab dah biasa kita dengar cerita dokter, ini kalilah saya saja pilih cikgu. Hehe
Tapi menariknya, cikgu-cikgu ni, tiap hari mereka berhadapan dengan pemuda-pemuda atau generasi-generasi yang kita harapkan satu masa nanti, dapat menjadi cahaya untuk kembali membangunkan ummah, atau Islam! Huh
Dan kita, sebagai hamba yang faham( insyaAllah! ) tugas kita sebagai abid dan khalifah, adakah kita sudah berhempas pulas dalam setiap kerja kita? Jika cikgu, dia punch card pukul 7 pagi, kita sebagai abid(hamba) dan khalifah ni, tak perlu punch card pun takpe, sebab kerja kita sepatutnya 24 jam tanpa rehat,hatta waktu tidur pun!
Meh, saya tulis sedikit kata-kata dari KH Rahmat Abdulullah tentang kita daie dan jalan yang kita sedang lalui.
" Memang seperti itulah dakwah.
Dakwah adalah cinta.
Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Fikiranmu,perhatianmu,
Berjalan,duduk dan tidurmu.
Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu tentang dakwah,tentang umat yang kau cintai. "
KH Rahmat Abdullah
Dan menariknya cikgu-cikgu ni, walaupun penuh tanggungjawab atas bahu, diorang bertungkus lumus siapkan semua report, plan pembelajaran, nak ajar apa, nak pelajar dapat apa, nak pelajar skor apa tajuk tu, nak bagi homework mana, dan nak guna ALAT apa untuk ajar dalam kelas nanti! Termasuk la ummi saya, siap buat kartun-kartun dengan muka comel-comel untuk tarik perhatian student dia. Lagi menarik, beli sticker yang ala-ala princess dan sticker ultraman ke, untuk tampal dalam buku student tiap kali diorang selesaikan homework! Apa lagi, meloncat budak-budak. Sekolah rendah la katakan,hehe . Sedang berseronok lagi!
Kita. Dah guna dan fikir sehabis mungkin tentang ALAT kita? Kat mana perlu guna, apa target atau plan untuk dnt kita,apa yang nak mad'u faham, dan paling penting, dah bertungkus lumus ke kita?
Menangis. Bila tengok cikgu-cikgu ni buat persiapan macam tu untuk pelajar dia, diri sendiri pula yang terasa. Sedang salah satu ciri muwasofat tarbiyyah tu sendiri tersusun urusan. Kita yang galak berbulatan gembira dengan adik-adik ni pula terkadang lupa 10 ciri yang perlu digenggam kemas,ditanam dalam hati, diamal dalam perbuatan. Allah.
Proses. Ya,ia satu proses untuk kita mengejar cita-cita kita. Eh,cita-cita apa pulak ni? Haa
Cita-cita jadi IM (baca:individu muslim) yang super power di mata Allah. InsyaAllah! Dan,dan..jangan lupa, IM bukan hanya dikejar-kejar waktu single (baca:bujang) hatta sampai UA tercapai sekalipun, pembinaan IM takkan terhenti. Hehe
Jadi adakah kita dah persiapkan ALAT kita utk mentarbiyah mad'u kita? Atau kita dah betul-betul susun gerak kerja dnt kita? Apa target, apa yang kita nak mentarbiyyah? Huh. Saya sendiri takut bila persoalkan semua ni. Sebab terus terang, ini salah satu pesanan buat diri saya. Dan untuk kita!
Kerana akhirnya seorang duat ialah sesusuk tubuh yang fikirannya sepatutnya memikir masa hadapan,plan dan strategi dakwah yang berlandaskan taqwa gituu.🙈tapi, setakat mana kita fikir? Allahuakbar,ini nasihat untuk saya. Untuk saya😔
Alhamdulillah. Pengalaman yang sangat-sangat bermakna. Sangat. Berjumpa dengan wajah-wajah generasi akn datang, berjumpa dengan mereka yang bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk mendidik adik-adik comel yang masih suci ni~ hehe

