Wednesday, 12 October 2016

Hilang dan tenggelam?

Rasanya ni post first lepas fly. Alhamdulillah, wastagfirullah, masih sihat, masih dikurnia kudrat untuk berjalan, makan dan sebagainya,hehe. Kalau nak cerita pasal hidup as student ni lepas fly, mungkin terlalu banyak n tak cukup masa nak type. Tapi, boleh aku simpulkan yang semuaa ujian and cabaran yang berlaku sepanjang ada kat japan ni, buat aku lebih kuat dari hari semalam, alhamdulillah.

Yappari, walau kat mana pun kita ada, yg membuat pilihan utk terus berpegang pada tali Allah, tu ats pilihan kita. Usahanya pada kita. Kat sini, kita tak boleh tunggu orang datang suap makanan dalam mukut kitaa. Kita yg kena cari orang untuk memberi makanan pada kita. Haa,faham tak?hehe

Kat sini, tak semestinya dapat apa yang kita suka. Tapi, kita kena belajar untuk menyukai sesuatu. Setiap orang sibuk bergelut dengan diri masing-masing. Kalau dulu, ada kawan duduk sebelah, tolong picit-picit time kita mengantuk dalam kelas, sekarang kita sendiri perlu belajar untuk sedarkan siri sendiri.

Sampai sini,awal-awal akan rasa banyak menda lost (x sure kalau aku je yg rasa). Tapi, tu pun atas pilihan kita. Untuk terus lost atau terus mencari jalan. Tak tahu korang faham tak statement ni, tapi lebih kurang macam tu la.

Mana pun kita berada, buat la KERJA masing-masing. Ramai orang hilang, ramai yang tenggelam. Keputusan untuk terus berada dalam jalan ni, atas pilihan kita. Kalaupun kita sendiri yang menhilangkan diri, sikit pun tak merugikan Allah. Dia boleh cari orang yang lagii baikk dari kita.

Nanti sambung lagi, tengah buat report. Tapi tiba-tiba terfikir nak tulis something.

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...