Saat aku kabur,
meraba-raba aku mencari jalan,
saat yang lain bergembira,
aku bahkan mengesat air mata.
dan saat yang lain berkobar-kobar hamasahnya,
aku tertinggal meronta-ronta.
tiada yang lain menjadi saksi melainkanMu,
Betapa renyuk hati,
dek kesilapan diri,
Betapa sakit seakan semua tidak peduli.
Cukup engkau menjadi saksi segala jalan yang dilalui,
Buta mata lebih baik dari butanya mata hati,
malah ketika aku merasa sendiri,
Engkau yang berada di sisi.
Bahkan Engkau yang menyambut diri,
saat hati bergolak ingin pergi.
Dan bila ditanya apa yang membangkitkan hamasah,
cukup aku katakan ia dari ujianMu yang terindah
Yang terindah.
Engkau ya Rabb,murabbi teragung.
SyurgaMu ya Rabb, motivasi terbesar buat kami.
-YangTerindah
16117
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Tuesday, 17 January 2017
Friday, 13 January 2017
Pemuda yang lembut berjiwa singa!
Kalau cakap pasal sahabat Rasulullah SAW, terlalu banyak kan? Dan antara yang kita biasa ingat dan biasa sebut, Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib. Ingat 10 sahabat dijamin masuk syurga? Salah seorang darinya digelar oleh Rasulullah SAW sebagai 'pemegang amanah umat ini' .
Seorang pemuda yang tampan, jernih air mukanya, kurus dan tinggi lampai orangnya. Lambang pemegang amanah yang penuh sifat tawaduk dalam diri seorang pemuda sepertinya. Pemuda yang egonya ditunduk dengan rasa ketaqwaan dan keyakinannya pada Allah SWT.
ihsan google
Dia sangat popular. Allah SWT merakamkan salah satu kisah disebalik kehidupannya dalam surah Al-Mujadilah.
" Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekalipun orang itu bapanya, atau anaknya, atau saudaranya, atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia.... "
(58:22)
Dah dapat teka siapa? Dia ialah Abu Ubaidah Al Jarrah! Dan apa kaitan dengan ayat ni?
Abu Ubaidah salah seorang sahabat yang sentiasa mengikuti Rasulullah SAW dalam setiap peperangan. Antara yang terawal memeluk Islam selepas Saidina Abu Bakar As Siddiq. Abu Ubaidah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dengan sifat sopan dan lemah lembut, Tetapi dia juga boleh bertukar menjadi singa saat berhadapan dengan musuh! Hebatnya Abu Ubaidah, dia menyerahkan seluruh jiwanya pada Allah SWT saat menentang musuh!
Tapi, ada sesuatu terjadi di luar jangkaan dan khayalannya. Saat dia dan para sahabat lain berjuang bermati-matian di medan Badar, peperangan pertama Umat Islam waktu itu. Semua tentera Quraisy pada waktu tu seboleh-bolehnya menghindarkan diri dari bertemu Abu Ubaidah di medan perang. Gerun dengan susuk tubuh sahabat ini.
ihsan google
Tetapi bagi Abu Ubaidah, ada seorang lelaki dari tentera Quraisy yang sebolehnya dia cuba mengelak darinya. Saat Abu Ubaidah bertembung dengan lelaki itu, dia akan menghindari darinya. Hingga satu masa ketika perang Badar, lelaki dari tentera Quraisy itu menghalang jalannya dengan pedang, hingga Abu Ubaidah terus menetak kepalanya hingga terbelah dua.
ihsan google
Ya, suatu moment yang tak pernah terbayang mahupun dirancang oleh Abu Ubaidah supaya ia terjadi. Siapa lelaki itu? Lelaki yang sering dihindar Abu Ubaidah? Ya, lelaki itu merupakan bapa kepada Abu Ubaidah! Hingga Allah berfirman dari kisahnya dalam surah Al Mujadilah, dan Allah SWT menjanjikan syurga dan keredhaanNya!
"...Lalu dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpaha rahmatNya), Mereka golongan Allah, Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung. "
(58:22)
Terlalu banyak kisah berkaitan Abu Ubaidah. Terlalu banyak perasaan yang tak termampu terucap saat membaca jalan cerita Abu Ubaidah. Perjalan hidup yang ditabur seribu satu pengajaran pada kita, pemuda yang masih banyak yang perlu dibaiki. Dan kenapa dia digelar pemegang amanah umat ini?
Jika di medan Abu Ubaidah bermati-matian, menyerah segalanya termasuk seluruh jiwanya kerana tulus dan sucinya memegang amanah daripada Allah SWT dan RasulNya, apatah lagi amanahnya pada manusia lain? Dia yang disebut Rasulullah SAW saat diminta menghakimi beberapa permasalahan dalam kalangan manusia ketika itu.
Abu Ubaidah betul-betul mengajar kita makna pemegang amanah yang sebenar. Amanah kita bagaimana sekarang wahai pemuda?
***
" Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta segalanya dari dirimu. Sampai pikiranmu, Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.."
(Ustaz Rahmat Abdullah)
Sunday, 8 January 2017
" Emotion Creature "
Wanita. Perempuan. Teringat kata seorang akak lagend ni, dia cakap,
" perempuan ni 'emotion creature' "
banyak main dengan perasaan, mudah tersentuh.
***
Semalam ada kawan yang share ayat daripada surah An-Nisa. Ayat 149. Nampak macam hal kecil, tapi tak ramai dapat buat!
" Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya, atau memaafkan kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah maha Pemaaf, Maha Kuasa "
Teringat salah satu point penting yang akhwat tu share. Katanya, bila kita ada masalah dengan orang sekeliling, tak kira kawan, keluarga, senior (asalkan manusia), kita cenderung untuk menyalahkan orang lain atau mencari alasan untuk menjadikan diri kita di pihak yang betul. Biar betul?
Betul. Bila reflex diri kita, kita tak terkecuali termasuk dalam golongan tu. Golongan yang sering mencari pelbagai alasan untuk jadikan kita di pihak yang betul. Contoh, kalau kita ada masalah dengan orang lain. Kadang kita tahu, apa yang kita buat tu sememangnya salah, tapi keep on cakap " Tapi aku tak salah. " atau " Dia yang mulakan dulu. ". Eh, kaitan apa dengan ayat kat atas?
Akhwat tu cakap lagi, " Kita sepatutnya check kesalahan kita dulu, instead of menyalahkan orang lain. ". Allah. Betul, memang tu yang patut kita buat. Apa-apa pun yang terjadi, Allah maha mengetahui apa yang terjadi, dan kita sebagai hambaNya yang kerdil ni, selayaknya men-reflex kesalahan diri, dan sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk orang lain (termasuk dengan orang yang kita ada masalah)!
Ya Allah, cuba tengok ayat kat atas tu. Malu sangat, Sangat-sangat malu. Allah SWT pun dah sebut sifatNya yang maha Pemaaf!! Kita sebagai hamba Allah pula susah nak maafkan orang lain.
" Tak rugi pun ucap kata maaf. Tak rugi pun berdoa kebaikan semua orang. Dan tak rugi sedikit pun berlapang dada dengan kesalahan orang. Yang ruginya kalau diri sendiri tak perbetulkan kesalahan diri! "
Tapi yang lagi superb, ayat ni dalam surah An Nisa! surah Wanita! Sesuai dengan kita yang selalu bermain dengan emotion ni. Cantik Allah susun. :)
Friday, 6 January 2017
Lelaki Superman!
Dari butir bicaranya, aura cinta dapat dirasa. Dari akhlaknya, tak berkedip mata yang memandang.
Terlalu banyak yang mencaci dia. Kalau orang maki hamun kita, apa reaction kita? Maki dia balik? atau..pergi jauh dari orang yang memaki kita tapi dalam keadaan marah? Tapi hebatnya lelaki ini, dia terkadang senyum bersahaja mendengar maki hamun yang dilemparkan, malah yang paling power siap bagi makan pada seorang pengemis buta yahudi, yang maki hamun baginda setiap masa hingga baginda wafat. Tapi lelaki ini masih teguh berdiri hadapi segala ujian. Ya, cukup Allah SWT disisinya. Cukup ayat-ayat Allah SWT yang memujuk segala suka,duka yang dirasa.
Ada orang tanya,
" Jika dia masih ada, dan kau punya kesempatan untuk bercakap dengannya, apa yang kau mahu sampaikan? "
dan, dia tanya lagi,
" Jika dia bertanya tentang kehidupanmu sekarang, apa yang kau akan beri jawapan? "
Apa perasaan kita bila bertentang mata, dengan orang yang sudah lama kita impikan? Apa perasaan kita bila punya peluang untuk berjumpa dengan orang yang dicintai ramai orang? Bahkan manusia itulah yang menyebut nama kita saat nyawanya sampai ke penghujungnya.
Special kan kita?
Dia. Bukan sahaja pengikutnya, malah musuh juga tak mampu menafikan jiwa mereka tersentuh dengan akhlak baginda. Ya, Rasulullah SAW. Tapi, kita selalu lupa. Lupa pada susuk tubuh yang menyebut nama kita saat dia wafat. Malah terkadang lupa siapa yang dulunya bertungkus-lumus sampaikan Islam pada hari ini hingga kita dapat rasaa nikmat Islam. Mudah benar kita lupa. Mengejar cinta yang lain, sedang ada orang yang dari dulu cintakan kita. :)
" Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya)." (50:39)
Terlalu banyak yang mencaci dia. Kalau orang maki hamun kita, apa reaction kita? Maki dia balik? atau..pergi jauh dari orang yang memaki kita tapi dalam keadaan marah? Tapi hebatnya lelaki ini, dia terkadang senyum bersahaja mendengar maki hamun yang dilemparkan, malah yang paling power siap bagi makan pada seorang pengemis buta yahudi, yang maki hamun baginda setiap masa hingga baginda wafat. Tapi lelaki ini masih teguh berdiri hadapi segala ujian. Ya, cukup Allah SWT disisinya. Cukup ayat-ayat Allah SWT yang memujuk segala suka,duka yang dirasa.
Ada orang tanya,
" Jika dia masih ada, dan kau punya kesempatan untuk bercakap dengannya, apa yang kau mahu sampaikan? "
dan, dia tanya lagi,
" Jika dia bertanya tentang kehidupanmu sekarang, apa yang kau akan beri jawapan? "
Apa perasaan kita bila bertentang mata, dengan orang yang sudah lama kita impikan? Apa perasaan kita bila punya peluang untuk berjumpa dengan orang yang dicintai ramai orang? Bahkan manusia itulah yang menyebut nama kita saat nyawanya sampai ke penghujungnya.
Special kan kita?
Dia. Bukan sahaja pengikutnya, malah musuh juga tak mampu menafikan jiwa mereka tersentuh dengan akhlak baginda. Ya, Rasulullah SAW. Tapi, kita selalu lupa. Lupa pada susuk tubuh yang menyebut nama kita saat dia wafat. Malah terkadang lupa siapa yang dulunya bertungkus-lumus sampaikan Islam pada hari ini hingga kita dapat rasaa nikmat Islam. Mudah benar kita lupa. Mengejar cinta yang lain, sedang ada orang yang dari dulu cintakan kita. :)
Monday, 2 January 2017
Night under the sky
Al Buruj, gugusan bintang. Bercahaya, cantik di mata.
Allah SWT bersumpah dalam ayat pertama surah ni. Bila Allah SWT bersumpah, tak lain tak bukan ayat tu serta isinya sangat penting. Ada something Allah nank bagitahu dari ayat ni. Secara tak langsung kita yang selama ni pandang bintang di langit bersahaja, mula berfikir apa yang ada pada bintang hingga Allah bersumpah dalam surah ni. Secara umumnya, kita biasa dengar bintang as petunjuk arah. Dari surah al mulk (67:5), bintang juga as alat pelempar syaitan.
Tapi, masih tak faham. Apa Allah SWT nak cakap sebenarnya?
Lihat dan Fikir. Ya, melalui surah Al Buruj, Allah SWT secara tak lansung bagi hint pada kita supaya lihat dan fikir. Tak ada sesuatu pun yang Dia ciptakan sia-sia bagi manusia, malah setiap sesuatu walau sebesar zarah ada function tersendiri!
Cuba bayangkan, Allah SWT tetapkan molecule air ( H2O), apa yang akan terjadi kalau dalam satu molecule air, kurang satu atom hydrogen? mungkin air yang kita minum tiap-tiap hari akan berubah rasa,sifat atau warna? Wallahualam, saya pun tak tahu. Sebab, sangat berbeza orang yang hanya memandang tanpa berfikir dengan orang yang berfikir, sangat berbeza orang yang ditimpa ujian/nikmat dan berfikir hikmah disebalik ujian/nikmat tu berbanding orang yang hanya meratap dengan ujian yang dilalui hingga jauh dari Allah SWT!
Sebab tu jugak, banyak kalau kita baca dalam Quran, Allah SWT mention " ...wahai orang yang berakal..." atau " ...wahai orang yang beriman..". Sebab sangat-sangat berbeza pemikiran orang yang berakal/beriman dengan orang yang langsung tak nak fikir.
Surah Al buruj ni juga ada kaitannya dengan kisah Ghulam (pemuda). Ada juga hadis berkaitan dengan kisah Ghulam ni, boleh baca kisah Ghulam lepas ni! Ayat 3-8 surah Al Buruj sedikit sebanyak memberi gambaran tentang kisah Ghulam. Boleh try baca kisah Ghulam lepas ni. Cuma kali ni nak berkongsi pasal tadabbur ayat ni, insyaAllah.
Berkait benar ayat 3 dalam surah ni dengan ayat 9.
Allah SWT yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia menyaksikan segala sesuatu yang ada di dalam kerajaanNya. Ada kaitan dengan ayat 3 kan?
Even sekecil semut, dia adalah makhluk Allah SWT bukan? Dan percaya atau tidak, kalau kita sedang mengumpat atau buat perkara tidak elok, even seekor semut yang lalu depan kita di akhirat kelak jadi saksi atas perbuatan kita! Melalui ayat 3 ni, tak lain tak bukan Allah SWT ajar kita untuk lahirkan rasa muraqabbah (rasa diperhati) dalam kehidupan seharian.
Cuba bayangkan, kalau dalam kelas kita ada cctv dekat setiap satu meja, mungkin walau sesaat kita tak berani buat perkara bukan-bukan dalam kelas, sebab orang lain akan dapat tengok aib kita. Sama dalam ayat ni, Allah SWT tekankan sifatnya yang Maha Menyaksikan, supaya kita sebagai abid(hambaNya) sentiasa berfikir, sentiasa upgrade diri, sentiasa membuat sesuatu mengikut neracaNya. Percayalah, bila kekuatan kita sandarkan pada Allah SWT, kita takkan mudah putus asa untuk terus baiki diri, insyaAllah.:)
Surah Al Buruj terlalu banyak isinya. Kalau baca kisah Ghulam yang berkait dengan surah ni, lagi banyak point penting yang kita dapat tahu. Cuma kali ni berniat untuk tulis apa yang dapat di tadabbur dari surah ni. Lain orang, lain tadabburnya. Lain masa, kadang lain juga tadabbur yang Allah izinkan kita rasa. Mungkin kalau esok kita buka surah yang sama, lain pula yang kita dapat kutip dari surah ni. Boleh rujuk tafsir Fil Zilal, Ibnu Kathsir atau Khowatir Quran untuk tafsir surah ni yang lagi mendalam, jelas. Jadi, apa kita kena ubah?
ihsan google
" Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang " (85:1)
Tapi, masih tak faham. Apa Allah SWT nak cakap sebenarnya?
Lihat dan Fikir. Ya, melalui surah Al Buruj, Allah SWT secara tak lansung bagi hint pada kita supaya lihat dan fikir. Tak ada sesuatu pun yang Dia ciptakan sia-sia bagi manusia, malah setiap sesuatu walau sebesar zarah ada function tersendiri!
Cuba bayangkan, Allah SWT tetapkan molecule air ( H2O), apa yang akan terjadi kalau dalam satu molecule air, kurang satu atom hydrogen? mungkin air yang kita minum tiap-tiap hari akan berubah rasa,sifat atau warna? Wallahualam, saya pun tak tahu. Sebab, sangat berbeza orang yang hanya memandang tanpa berfikir dengan orang yang berfikir, sangat berbeza orang yang ditimpa ujian/nikmat dan berfikir hikmah disebalik ujian/nikmat tu berbanding orang yang hanya meratap dengan ujian yang dilalui hingga jauh dari Allah SWT!
Sebab tu jugak, banyak kalau kita baca dalam Quran, Allah SWT mention " ...wahai orang yang berakal..." atau " ...wahai orang yang beriman..". Sebab sangat-sangat berbeza pemikiran orang yang berakal/beriman dengan orang yang langsung tak nak fikir.
ihsan google
" Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan " (85:3)
Berkait benar ayat 3 dalam surah ni dengan ayat 9.
" Yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah SWT Maha Menyaksikan segala sesuatu. (85:9)
Allah SWT yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia menyaksikan segala sesuatu yang ada di dalam kerajaanNya. Ada kaitan dengan ayat 3 kan?
Even sekecil semut, dia adalah makhluk Allah SWT bukan? Dan percaya atau tidak, kalau kita sedang mengumpat atau buat perkara tidak elok, even seekor semut yang lalu depan kita di akhirat kelak jadi saksi atas perbuatan kita! Melalui ayat 3 ni, tak lain tak bukan Allah SWT ajar kita untuk lahirkan rasa muraqabbah (rasa diperhati) dalam kehidupan seharian.
Cuba bayangkan, kalau dalam kelas kita ada cctv dekat setiap satu meja, mungkin walau sesaat kita tak berani buat perkara bukan-bukan dalam kelas, sebab orang lain akan dapat tengok aib kita. Sama dalam ayat ni, Allah SWT tekankan sifatnya yang Maha Menyaksikan, supaya kita sebagai abid(hambaNya) sentiasa berfikir, sentiasa upgrade diri, sentiasa membuat sesuatu mengikut neracaNya. Percayalah, bila kekuatan kita sandarkan pada Allah SWT, kita takkan mudah putus asa untuk terus baiki diri, insyaAllah.:)
Surah Al Buruj terlalu banyak isinya. Kalau baca kisah Ghulam yang berkait dengan surah ni, lagi banyak point penting yang kita dapat tahu. Cuma kali ni berniat untuk tulis apa yang dapat di tadabbur dari surah ni. Lain orang, lain tadabburnya. Lain masa, kadang lain juga tadabbur yang Allah izinkan kita rasa. Mungkin kalau esok kita buka surah yang sama, lain pula yang kita dapat kutip dari surah ni. Boleh rujuk tafsir Fil Zilal, Ibnu Kathsir atau Khowatir Quran untuk tafsir surah ni yang lagi mendalam, jelas. Jadi, apa kita kena ubah?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...




