Tuesday, 2 February 2016

Aku dan walid.

Aku ada walid.😊

Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena buat.

Dari darjah enam, aku tinggal dengan walid. Ummi kerja, di Batu Pahat. Masa tu, tak fikir apa dah. Nangis je. Sebab aku rapat dengan ummi. Ummi. Kalau aku merajuk, tak lama lepas tu, aku akan dipujuk. Ummi suka peluk aku, time aku merajuk. Sebab aku akan mudah sejuk.

Tinggal dengan walid seawal 12 tahun,sangat-sangat mengajar aku. Sebab walid kadang-kadang sakit, sikit-sikit Allah ajar aku supaya buat kerja rumah. Walau tak pandai,buat jugak. Nak masuk asrama, tapi tak boleh. Aku nak jaga walid! Sebab tu ramai pindah masa form 4, i make decision not to apply any SBP. Allah juga tahu yang terbaik. Takde ape yang rugi, kalau serahkan semua padaNya.

Walid pernah beberapakali sakit. Teruk. Ingat satu malam tu, walid sakit. Keesokkannya percubaan spm kalau tak silap. Aku bangun, bila dengar suara walid panggil. Menangis. Allah je yang tahu, takut,sedih semua ada!

Aku cuma suruh walid istighfar, capai telefon, call kawan baik walid. Suruh dia datang, bawak walid pergi hospital. Aku sendiri tak sangka boleh lalui hari-hari macam tu. Aku sendiri tak tahu, dari mana kekuatan untuk hadapi semua tu. Yang aku tahu, itu hanya percikan-percikan kekuatanNya yang diberi pinjam.

Masa berlalu pantas. Kadang, sambil basuh pinggan, sambil menangis. Sebab? Sebab banyak lagi kerja rumah tak setel, homework yang tak sentuh lagi, malam ada kelas kat sekolah. Sakit, tapi alhamdulillah entah macam mana dapat lalui. Yang pasti,mestilah sebab Dia kan??

" Bila bercakap dengan orang, buang rasa ego, cakap baik-baik dengan orang lain. "

" walau kat mana along ada, walau ada masa along rindu keluarga, walid nak pesan ni, along ingat dulu Allah. "

" bila along ingat Allah, doakan yang terbaik. Hidup kita ni along, untuk Dia. "

Tu walid bagitau tadi. Aku senyap. Allahu. Moga along pun jaga diri, kerana Dia,walid.

Sungguh, setiap kesusahan, ada kemudahan.:)

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...