Thursday, 3 August 2017

Rehat

Allah. Allah. Allah.

Hey. Kenapa sedih? Kenapa termenung? Kenapa?

Kau tahu, ada hari yang mana kita kadang terasa down yang amat, rasa saitei(tahap plg bawah). Rasa serba tak kena. Rasa tak senang duduk, rasa ada something tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Dan biasanya, rasa ni hadir bila ada buat silap, yang terang-terang kita tahu salah, tapi kita tetap buat.








‘ Bagi saya rehat boleh? ‘

Nada sekata. Tak tinggi, tak rendah. Laju kata-kata tu keluar dari mulut. Syaitan apa yang merasuk, aku pun tak tahu. Yang pasti, dengan 200% keyakinan, meluncur laju ayat tu keluar dari mulut.

Susuk badan depan aku hanya tersenyum. Entah apa difikirnya.

‘ Daie apakah ini? ‘

Atau,

‘ Bertaubatlah ukhti! ‘

Tu antara ayat yang aku predict keluar dari mulut dia. Almaklum, bila emosi menguasai diri, dan nafsu berapi-api, asyik negative thinking aja yang terfikir.

Pelik. Dia senyum. Kepelikan apakah ini? Aku pula serba salah jadinya. Aku ada salah cakap ke? Atau dia tak dengar ke?

‘ Mungkin perlu masa untuk fikir balik kenapa kita buat semua ni? ‘ Tenang air mukanya. Senyum masih dibibir.

Kenapa, dan kenapa? Aku makin lupa persoalan penting.

 Bagaimana aku boleh bekerja, jika tanpa tujuan, mahupun kesedaran dan kefahaman, atas tujuan apa aku disini? Bagaimana aku terus bertahan, jika tujuannya masih kabur, malah diri sendiri hampir lupa kenapa aku berkerja?

Berapa banyak kerja yang kita lakukan hari ini, sedang kita lupa tujuannya?

Akhwat fillah, jika hari ini terasa begitu penat dan menyakitkan, jika hari ini terasa beban yang amat besar di atas bahu, jika hari ini terasa sangat culas untuk bekerja, ingatkan diri,
untuk apakah kita berbuat semua ini?

Mungkin juga, setiap kerja yang kita lakukan hanya untuk nama, hanya sekadar melepaskan tanggungjawab,hanya sekadar memenuhi pandangan manusia. Sekadar memenuhi kerja disebabkan usrahmates yang lain bekerja? Jadi terasa diri juga perlu bekerja?

Jika dulu, semangat untuk melihat ustaziatul alam memenuhi dada, kini ia makin kabur. Malah ustaziatul alam juga terasa amat jauh untuk dicapai. Makin jauh dan jauh.


Saat ia terasa makin jauh, rajinkan bertanya pada diri, di mana hilangnya rasa yang menggegar jiwa?

Saat ia terasa sesak dan tercungap-cungap, di mana pergantungan padaNya? Di mana Dia dalam hatimu?


Saat segala urusan terasa amat sukar, di mana obsesimu terhadap syurgaNya?

Ada banyak persoalan yang makin hari,makin kita lupa. makin hilang juga jawapannya. 

Allah. Moga kita sentiasa dalam lindungannya, diberi qalbu yang sentiasa berbalik padaNya dalam setiap kerja, setiap rasa. Moga Allah saja tempat kita meminta. 

Ya Allah, peka kan hati kami dengan yang haq, jauhkan kami dari nafsu dunia.

" Katakanlah ' Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat untuk diriku sendiri, dan jika aku mendapat petunjuk maka itu disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku, Sesungguhnya, dia Maha Mendengar, Maha Dekat. "

(SABA'35:50)

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...