Entah.Entah
berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini.
Entah.Entah
berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam takungan penuh jahiliah ini.
Aishh..tak
teringinkah kita berada dan merasa bagaimana indahnya berada di bawah naungan
Al-Quran,seperti yang diungkapkan oleh Syed Qutb?
Cehhh.Ayatt
jiwang habiss.Ammar ketawa.Yelaa,bila soal cinta ni,dia emo sikit.Bukan
sikit,banyak jugak.Diumur awal 20-an ini,pelbagai perkara berbangkit yang
sering berlegar-legar dalam kepalanya.Ammar ketawa lagi.Kali ni mengeluarkan
bunyi.
“Apalah aku
ni.jiwang petang-petang camni”
Monolog.
“Ammar!kenapa
ni?ketawa sorang-sorang.Pelik je ummi
tengok.Ada ape-ape berita gembira ke?”
Ni mesti
soal jodoh.Soalan wajib dari ummi tiap kali dia balik.Hahh,habis
kau,Ammar!Habiss la.
Pandai
benar ummi.Ummi memang pangkat professor kalau bab-bab korek rahsia ni.Ammar
menduga,tersengih.Soalan itu dia biarkan berlalu seketika.Agak-agak la ea,kalau
dia bagitau ummi yang dia tersengih sebab cintanya pada Dakwah dan
Tarbiyyah,camne la reaksi umminya nanti.Haha.Pelik,mungkin?gembira,mungkinkah??
Ya,dia
tersenyum bukan kerna cintanya pada manusia,tapi kerna cinta yang membuak-buak
pada PenciptaNya..Cinta ini,cinta yang mengerakkan!!Rasa cinta pada
Pencipta,lain macam rasanya.Rasa cinta yang lebih mendalam,bukan seperti rasa
cinta pada manusia.Huh.Bermonolog lagi.
“Ammar,dengar
tak ummi cakap ni?”
“Dengar,ummi.Takdelah.Ammar
tengah fikir pasal future.Camne la anak ummi ni,bila besar nanti”Dia ketawa
lagi.Heh.Sembunyi perasaan konon.
“Ummi,Am
bersyukur sangat,Am dapat Ummi.Am tahu,ummi,abi,along,angah,semua pinjaman yang
Allah bagi untuk Am.Ummi tahu tak,Am teringin sangat nak kita sama-sama ke
syurgaNya”.
Entah
kenapa.Entah,lancar aje tutur katanya.Tanpa segan silu.Ummi tersenyum,penuh
makna.Tapi sungguh,saat ini dia benar-benar rindu pada Rasullullah dan Allah!
“Am pun
tahu,nyawa ni milik Dia,ummi.Bila-bila pun,kat mane pun,Dia boleh ambil Am dari
ummi”
Kali
ni,suaranya semakin slow.Bercampur baur dengan getaran hati tatkala mengingat
mati.Entah kenapa dia tuturkan ayat jiwang camtu.
“Am,kenapa
cakap macam ni?Ummi selalu doakan anak-anak
ummi panjang umur,insyaAllah.Jangan
cakap camtu la,tak suka ummi dengar”.
“Ishh,ummi.Kesitu
pulak..Tadi ummi jugak yang tanya Am fikirkan ape,Am bagitau la ni.Takde
ape-ape la ummi,Am terfikir je.Am takut kalau Am mati bukan dalam husnul
khatimah.Am tak nak mati dalam keadaan banyak dosa,ummi”
Ahhh.Seakan
tanpa disuruh,lancar aje tutur kata dari bibirnya.
“Ummi.ingatkan
Am,ye?”
Kali ni,umminya tersenyum.Ammar tahu,umminya
faham benar setiap patah perkataannya.Ammar tahu,semua manusia juga tahu,yang
ajal mereka akan tiba!Tiada yang boleh menafikannya!
Entah apa difikirkan ummi.Dah buang tabiatkah
anak teruna nya ini?Haha.Biarkan,kerna memang itu yang dia mahu umminya
tahu.Tak salah menyampaikan walau sepatah kata,kan??Ya,sampaikan cinta dari
Pencipta ini!
Ahh.Rimas
wehh.Serious,rimas,panas,semua ada la.Serba serbi tak kena!Apa yang dia nak
sebenarnya?Tak faham ,apa yang sensei nak,sebenarnya?Aisya membaiki tudungnya
yang terkedepan tatkala sibuk membaca report dihadapan mata.Matanya
meliar,mencari kesalahan dalam report yang baru diterima sebentar tadi.
“Aisya,awak
dah siap?Jadi tak nak teman saya pergi makan ni?Nanti dah dekat maghrib,tak
elok pulak nak keluar.”
Mardhiah
kaku.Melihat sahabatnya sibuk membaca report.Sibuk benar dia.Report yang
dipegang Aisya sudah lama dihantarnya.Alhamdulillah,dia tidak perlu baiki
apa-apa.Kata sensei,isi reportnya sudah mencukupi.
“Awak.Saya
minta maaf.Awak pergi dengan Fatin boleh tak?Saya ingat petang ni nak siapkan
jugak report ni.Malam ni,saya dah plan nak buat syukudai lain.”Tangannya yang
sibuk menulis tadi kaku sebentar.Wajah dipalingkan ke arah Mardhiah.Senyuman
dilemparkan.Sorryy Mardhiah!!!
Mardhiah
berjalan ke arah Aisya.”Aisya,saya tengok kejap boleh?Yang mana satu awak kena
baiki ni?”.
“Yang ke 3
tu.Awak tahu tak,dah 2 kali saya hantar kot.”
“Meh,saya
cuba tengok.”
Aisya
terdiam.Tanpa dipaksa,tangannya laju menghulurkan report pada Mardhiah.Dah
orang nak tolong!!Takkan nak tolak.Bukan dia ego,tak nak minta tolong kawan
yang lain,Cuma..Alahh,semua orang sibuk.Semua menghadap meja.Study.Dia bimbang
jika menganggu orang lain dengan kerjanya.Ahhh,egokah dia?
“Dah.Ni
awak salin dalam instruction dalam buku ni je.Pastu try bukak website ni.Banyak
yang boleh ambil dari situ.”Tangan Mardhiah menulis laman website pada sticky
note hijau.
“Tq,tapi..bimbang
la,dah 2 kali saya hantar,tapi tetap kena baiki.Kat mane la salah..Dah tanya
sensei,tapi maybe saya tak concern mana kot”Aisya tersenyum.Senyum pahit.
“Ehh.Takpe.Yakin
,awak dah buat and tawakal pun kan?”Mardhiah tersenyum.
Aisya
terpaku.Tawakal?Sudah tawakal kah dia atas setiap usaha yang dilakukannya?Kalau
benar tawakal,mungkin dia takkan merungut.Ini ujian,mungkin?Inilah sahabat
dunia akhirat!Sahabat yang selalu mengingatkan pada Allah dalam setiap
urusan.Sayang awak,sahabat!
“Ok,saya
pergi dulu ye?Nak panggil Fatin jap.Nak tanya apa-apa bagitau tau”Mardhiah
tersenyum.Kaki melangkah keluar.Pintu berwarna coklat pudar itu ditutup.
Besttnya.Bestt bila saling mengingati.Aku tak
buat ape-ape pun,aku cuma berkongsi rasa.Hari ni mungkin dia perlukan bantuan
aku,hari esok?Mungkin dia pulak akan membantu aku,insyaAllah.Ape-apepun,perlu
lakukannya kerana Allah!!Tak salah menyampaikan walau sepatah kata
kan??Mardhiah.Bermonolog.
I LOVE U,ALLAH!Sampaikan cinta dari Pencipta
ini!Biar semua tahu,cinta ini mengerakkan!
Bingitt.Pagi-pagi
dah riuh rendah rumah ni!Semua balik,along,angah!Aishh,tak lena tidur
aku!!Azhan berjalan ke arah dapur.
“Breakfast
dah siapp?”tanyanya.
“Ambooii.Putera
Raja Tanjung Rambutan dah bangun ye?”.Alongnya memerli.Ahh,along memang.Suka
mainkan aku.Time nak memancing,pandai pulak bodek aku teman dia!
“Ehh,dah
la.Aku dah bangun subuh tadi lagi.Kau je tak perasan!”Kali ni dia tak
tipu.Betul okeyy,aku dah bangun tadi.
Tapi dia
hanya mengadap laptop selesai solat subuh tadi.Habiskan bab Perang Uhud dalam
Raheeq Maktum.Banyak lagi woii,sirah yang tak terkaver!Kalau tak baca time cuti
ni,rugii laa..Nanti balik kolej dah sibuk!Pernah dengar ni,’Lapang sebelum
sibuk’??.Haha.
“Ucuk,jom
teman angah pergi bandar nanti.Tolong memandu.”Angahnya bersuara
.
“Ehh,angah
ni.Malu ar,kawan dengar nanti.Ucuk,Ucuk!Panggil achik jela!”Azhan membulatkan
matanya.Umminya ketawa.Angah lagi la.Saje memainkan aku.
Sebenarnya
aku ada misi zohor ni.Hehe.Misi pergi masjid dengan along!Angah takpe la,solat
kat umah dengan ummi.Aku bimbang jugak,yelaa aku asyik perang mulut dengan
along.Nak ke dia ikut,kalau aku ajak?Malu
la,wehh.Tetibe ajak.Biasa pergi memancing je sesame.Aku dengan along pun
jarang jumpa.Masing-masing belajar jauh.
“Along..”suaranya
mendatar.Wahhh,malu ke aku nak ajak dia ni?Azhan bermonolog.Malu!Malu!Aku tak
pernah ajak sebelum ni.Tapi,sebab tak pernah ajak la,aku kena ajak!!Buang ego
malu dalam diri kau,Azhan!Cepat ajak along!Lillahi taala,bertindak weh!Dia
bermonolog lagi.
“Eh.Buang
tabiat ea kau ni?Lembut lain macam.”Alongnya bersuara.Inilah along,cakap kasar
salah,cakap lembut pun salah.Errr,dia ni.
“Tak ar.Along
pergi bandar tak?”mendatar.
“Tak
la.Sebab tu la Angah suruh kau memandu.”
“Ooo,Along
ade kat umah la?”lembut sikit suaranya.Heh.Along,kau tak tahu betapa aku cuba
melembutkan suara dengan kau!Lillahi taala,Azhan!Lillahi taala!Ikhlas kan hati.Tarik
nafas,hembus.
“Yela,dah
kau bawak kereta,duduk umah jela.kenapa?”
“Erm..Tak
ar.Aku ingat nanti nak balik sebelum zohor.Kebetulan dah bawak kereta tu,aku
hantar angah nanti,aku amek la kau”.Dia diam.
“Ehh,kenape
pulak nak amek along?”Riak muka alongnya tertanya-tanya.
Alamakk!!Terlupe
bagitau,apelah kau ni,Azhan!Berdebar sangat,hampeh.Bukan suruh alongnya gantung
diri pun!
“Tak
ar,maksud aku tu,nanti balik dari bandar aku hantar angah balik rumah.Pastu
amek terus la along..Ni,nak ajak pergi masjid kat taman ni je.Lagipun,lama kita
tak solat berjemaah sesame kat sana.Boleh bertegur-sapa dengan jiran-jiran
sekali”Huh.Lega.Dah beritahu.
“Ooo.Bagitau
jela.Tengoklah nanti.”Jawab alongnya bersahaja.
Gulp.Yesss!Yess,aku
dah bagitau!Mesti along pergi kan?Tapi,Entah.Along tak bagi kata
putus.Husnudzon jela.Tawakal,aku dah try.Lillahi taala!Tak salah kan,aku
menyampaikan walau sepatah kata??Ya,sampaikan cinta dari Pencipta ini!Biar
mereka tahu,cinta ini amat hebat penangannya.Ni peluang aku!Hehe,Azhan
tersenyum.Tangannya menekan punat onn di laptop.Sambung baca Raheeq
Maktum!!Senyum.Moga Allah thabatkan aku!
*thabat-tetap,istiqamah
*lillahi
taala-kerana Allah
Tak salah
menyampaikan walau sepatah kata!
Tak kira as
anak,sahabat atau adik-beradik!
Hari ni
mungkin kita membantu,hari esok?Mungkin kita akan dibantu!InsyaAllah.
IL
No comments:
Post a Comment