Saturday, 27 June 2015

Sabar, Allah kan ada!

Sabar. Beberapa kali aku mendengus, apa ada dengan sabar?
最近(sejak akhir2 ni), terlalu byk perkara berlaku di luar dugaan,mungkin.Atau mungkin tahap kesabaran aku yg menurun?Entah.

Kadang,saat diri ni serabut dengan apa yg berlaku.Badan yg lesu ini aku biarkan ia terus dgn kelesuan. Iman yg sedang menipis ini, aku biarkan hingga tipisnya bisa koyak. Iman yg bocor,semangat yg mengalir entah ke mana perginya.

Beberapa kali aku menangis. Sebab? dapat rasa kurangnya sabar.Bila kurang sabar, kuranglah iman.Kurang baik juga hubungan denganNya.

***

Hari ni kerja bertimbun.Persediaan ke jepun bukanlah calang-calang program yg mengizinkan kita bersenang-lenang.Aku sering cakap.
"Ahh, hari ni sibuk dengan dunia!dunia semata-mata"

Kadang rasa sedih itu ada. Bila sibuk melayan musim final, aku terfikir DnT bagaimana? Adakah jika aku bergerak kencang dlm study, dakwah n tarbiyyah akn bergerak slow.Sebab tiap-tiap hari sinuk dengan test,report, etc.

Pernah satu ketika, aku menangis kuat-kuat. Aku rasa seolah semua yg ada disekeliling sdg memaksa aku bekerja keras.Kepala berputar ligat, mencari dan terus mencari hikmah. Saat itu, pergantungan aku padaNya diuji.

***

Seorang kakak menhantar pesanan whatsapp.Akak yg tidak sampai setahun aku mengenalinya di jalan ini.

Aku ceritakan segalanya.Masalah study,DnT dan sebagainya.

" 勉強も DnT でしょう?"
(Study pun DnT kn?)

Aku terasa bagai sesuatu yg pahit sedang aku telan.Aku menelan kesalahan aku sendiri.Andai aku faham, sememangnya Islam itu syumul. Nak all out dalam DnT? kena all out dalam Study!Sebab kita nk all out dalam DnT la, kita kena all out study.Sebab tu alat kita utk capai matlamat,kan?
Senyum.


-kisah benar seorang sahabat:)


No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...