Friday, 18 January 2019

Takut?

Tak tahu kenapa.

Ada masa, rasa macam nak putus asa.
Tak nak fikir apa-apa.

Tak nak mengejar apa yang kabur.
Tak nak letak harapan pada apa yang tak pasti.
Tak nak fikir apa-apa tanggungjawab.

Tapi. Manusia.

Dalam tak nak fikir apa-apa pun, mesti ada sikit terfikir.

Atau, ahh.
Perempuan. Begitulah. Banyak emosi.

Mungkin.

Ada masa, rasa semangat nak kejar apa kita rasa, harapan kita.

Tapi ada satu masa, kita rasa nak lepaskan semua.
Berhenti.

Tak perlu letak apa-apa effort atau usaha.

Tapi boleh ke? Boleh ke semua tu?

Keep on cakap kat diri sendiri, yametai wa.
Yameyou.
Nandemo kangaetakunai.
Sore dake desu.

***

Tapi,

" Mesti rasa macam nak lari kan? "
Sambil memandang aku dia menyoal.

" A'ah. Betul. Nak lari, tak nak fikir apa-apa. Takut pengakhirannya sakit. Jadi, rasa nak lari. "

Senyap.

" Jangan lari. Walaupun mungkin pengakhirannya sakit untuk kita, tapi kita tahu, Allah nak ajar something dari apa yang kita rasa. Kan? "

Sebak. Ya, aku lupa.

Allah takkan izinkan something tu berlaku tanpa ada apa-apa pengajaran.
Allah mesti nak ajar something. Itu memang tak dapat dinafikan.


Tapi. Takut sakit. Takut tak mampu.

Tapi.

Allah takkan izinkan, kalau Dia tahu, hambaNya tak mampu bukan?

Dan. Kenapa aku perlu takut.

Kalau aku memang tahu, Dia tetap ada. Setia di sisi?

Kenapa takut?

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...