Friday, 13 January 2017

Pemuda yang lembut berjiwa singa!


Kalau cakap pasal sahabat Rasulullah SAW, terlalu banyak kan? Dan antara yang kita biasa ingat dan biasa sebut, Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib. Ingat 10 sahabat dijamin masuk syurga? Salah seorang darinya digelar oleh Rasulullah SAW sebagai 'pemegang amanah umat ini' .

Seorang pemuda yang tampan, jernih air mukanya, kurus dan tinggi lampai orangnya. Lambang pemegang amanah yang penuh sifat tawaduk dalam diri seorang pemuda sepertinya. Pemuda yang egonya ditunduk dengan rasa ketaqwaan dan keyakinannya pada Allah SWT.


ihsan google



Dia sangat popular. Allah SWT merakamkan salah satu kisah disebalik kehidupannya dalam surah Al-Mujadilah.


" Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekalipun orang itu bapanya, atau anaknya, atau saudaranya, atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia.... "


(58:22)


Dah dapat teka siapa? Dia ialah Abu Ubaidah Al Jarrah! Dan apa kaitan dengan ayat ni?


Abu Ubaidah salah seorang sahabat yang sentiasa mengikuti Rasulullah SAW dalam setiap peperangan. Antara yang terawal memeluk Islam selepas Saidina Abu Bakar As Siddiq. Abu Ubaidah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal dengan sifat sopan dan lemah lembut, Tetapi dia juga boleh bertukar menjadi singa saat berhadapan dengan musuh! Hebatnya Abu Ubaidah, dia menyerahkan seluruh jiwanya pada Allah SWT saat menentang musuh!

Tapi, ada sesuatu terjadi di luar jangkaan dan khayalannya. Saat dia dan para sahabat lain berjuang bermati-matian di medan Badar, peperangan pertama Umat Islam waktu itu. Semua tentera Quraisy pada waktu tu seboleh-bolehnya menghindarkan diri dari bertemu Abu Ubaidah di medan perang. Gerun dengan susuk tubuh sahabat ini. 



ihsan google



Tetapi bagi Abu Ubaidah, ada seorang lelaki dari tentera Quraisy yang sebolehnya dia cuba mengelak darinya. Saat Abu Ubaidah bertembung dengan lelaki itu, dia akan menghindari darinya. Hingga satu masa ketika perang Badar, lelaki dari tentera Quraisy itu menghalang jalannya dengan pedang, hingga Abu Ubaidah terus menetak kepalanya hingga terbelah dua.



ihsan google



Ya, suatu moment yang tak pernah terbayang mahupun dirancang oleh Abu Ubaidah supaya ia terjadi. Siapa lelaki itu? Lelaki yang sering dihindar Abu Ubaidah? Ya, lelaki itu merupakan bapa kepada Abu Ubaidah! Hingga Allah berfirman dari kisahnya dalam surah Al Mujadilah, dan Allah SWT  menjanjikan syurga dan keredhaanNya!


"...Lalu dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpaha rahmatNya), Mereka golongan Allah, Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung. "
(58:22)

Terlalu banyak kisah berkaitan Abu Ubaidah. Terlalu banyak perasaan yang tak termampu terucap saat membaca jalan cerita Abu Ubaidah. Perjalan hidup yang ditabur seribu satu pengajaran pada kita, pemuda yang masih banyak yang perlu dibaiki. Dan kenapa dia digelar pemegang amanah umat ini?

Jika di medan Abu Ubaidah bermati-matian, menyerah segalanya termasuk seluruh jiwanya kerana tulus dan sucinya memegang amanah daripada Allah SWT dan RasulNya, apatah lagi amanahnya pada manusia lain? Dia yang disebut Rasulullah SAW saat diminta menghakimi beberapa permasalahan dalam kalangan manusia ketika itu.

Abu Ubaidah betul-betul mengajar kita makna pemegang amanah yang sebenar. Amanah kita bagaimana sekarang wahai pemuda?

***

" Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta segalanya dari dirimu. Sampai pikiranmu, Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk dan tidurmu. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yang kau cintai.."

(Ustaz Rahmat Abdullah)


No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...