ihsan google
" Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang " (85:1)
Tapi, masih tak faham. Apa Allah SWT nak cakap sebenarnya?
Lihat dan Fikir. Ya, melalui surah Al Buruj, Allah SWT secara tak lansung bagi hint pada kita supaya lihat dan fikir. Tak ada sesuatu pun yang Dia ciptakan sia-sia bagi manusia, malah setiap sesuatu walau sebesar zarah ada function tersendiri!
Cuba bayangkan, Allah SWT tetapkan molecule air ( H2O), apa yang akan terjadi kalau dalam satu molecule air, kurang satu atom hydrogen? mungkin air yang kita minum tiap-tiap hari akan berubah rasa,sifat atau warna? Wallahualam, saya pun tak tahu. Sebab, sangat berbeza orang yang hanya memandang tanpa berfikir dengan orang yang berfikir, sangat berbeza orang yang ditimpa ujian/nikmat dan berfikir hikmah disebalik ujian/nikmat tu berbanding orang yang hanya meratap dengan ujian yang dilalui hingga jauh dari Allah SWT!
Sebab tu jugak, banyak kalau kita baca dalam Quran, Allah SWT mention " ...wahai orang yang berakal..." atau " ...wahai orang yang beriman..". Sebab sangat-sangat berbeza pemikiran orang yang berakal/beriman dengan orang yang langsung tak nak fikir.
ihsan google
" Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan " (85:3)
Berkait benar ayat 3 dalam surah ni dengan ayat 9.
" Yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah SWT Maha Menyaksikan segala sesuatu. (85:9)
Allah SWT yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia menyaksikan segala sesuatu yang ada di dalam kerajaanNya. Ada kaitan dengan ayat 3 kan?
Even sekecil semut, dia adalah makhluk Allah SWT bukan? Dan percaya atau tidak, kalau kita sedang mengumpat atau buat perkara tidak elok, even seekor semut yang lalu depan kita di akhirat kelak jadi saksi atas perbuatan kita! Melalui ayat 3 ni, tak lain tak bukan Allah SWT ajar kita untuk lahirkan rasa muraqabbah (rasa diperhati) dalam kehidupan seharian.
Cuba bayangkan, kalau dalam kelas kita ada cctv dekat setiap satu meja, mungkin walau sesaat kita tak berani buat perkara bukan-bukan dalam kelas, sebab orang lain akan dapat tengok aib kita. Sama dalam ayat ni, Allah SWT tekankan sifatnya yang Maha Menyaksikan, supaya kita sebagai abid(hambaNya) sentiasa berfikir, sentiasa upgrade diri, sentiasa membuat sesuatu mengikut neracaNya. Percayalah, bila kekuatan kita sandarkan pada Allah SWT, kita takkan mudah putus asa untuk terus baiki diri, insyaAllah.:)
Surah Al Buruj terlalu banyak isinya. Kalau baca kisah Ghulam yang berkait dengan surah ni, lagi banyak point penting yang kita dapat tahu. Cuma kali ni berniat untuk tulis apa yang dapat di tadabbur dari surah ni. Lain orang, lain tadabburnya. Lain masa, kadang lain juga tadabbur yang Allah izinkan kita rasa. Mungkin kalau esok kita buka surah yang sama, lain pula yang kita dapat kutip dari surah ni. Boleh rujuk tafsir Fil Zilal, Ibnu Kathsir atau Khowatir Quran untuk tafsir surah ni yang lagi mendalam, jelas. Jadi, apa kita kena ubah?


tumpang lalu...tumpang kasih dari tadabbur <3 hihihi
ReplyDeletekak liaa ! <3
Delete