Thursday, 1 June 2017

Al Kisah dari Al-Ahqaf!


Ramadan Kareem!!!

Alhamdulillah, masih belum terlewat untuk ucap selamat berpuasa. alhamdulillah, masih diberi nikmat merasai Ramadan. :)

Semalam, sempat belek-belek tafsir surah ni. Surah ke 46,Al-Ahqaf. Ayatnya berbunyi,


" Dan (ingatlah) , pada hari ketika orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (sambil dikatakan kepada mereka) " Kamu telah menghabiskan rezeki yang baik untuk kehidupan duniamu dan kamu telah bersenang lenang menikmatinya maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan, kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana berbuat derhaka (tidak taat kepada Allah) "
(46:20)


Lepas baca ayat ni, baca lagi dan lagi. Mendalam sangat apa yang Allah sampaikan. Bukan setakat mendalam, tapi perasaan pun jadi bercampur-baur. Automatik lepas baca ayat ni, tertanya diri sendiri, apa rezeki atau nikmat yang Allah bagi pada kita sekarang, kita benar-benar guna sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat? atau, apa yang boleh kita persembahkan di hadapan Dia yang paling kita sayang, Allah di padang Masyar kelak?


".... Kamu telah menghabiskan rezeki yang baik untuk kehidupan duniamu...."


Ya. Sering kali kita terlupa. Tangan yang memegang pensil, kedua-dua kaki yang berjalan, mata yang sedang melihat, hatta udara yang sedang kita hirup, antara rezeki yang tak tergambar betapa Maha Pemurahnya Si Pencipta, memberi kita semua nikmat ini.



ihsan google

Tapi, alangkah sedihnya, alangkah dukacitanya, tatkala semua nikmat dan rezeki yang dianugerahkan pada kita, hanya setakat di dunia sahaja. Contoh?

Kita ada sepasang tangan, alhamdulillah yang punya cukup tenaga untuk membuat kerja. Saraf-saraf malah darah masih mampu mengalir dengan baik hingga tangan mampu bekerja dengan baik juga. Tapi, sepasang tangan yang tak tergambar istimewanya ini, bahkan lebih banyak dihabiskan dengan perkara-perkara melalaikan. Lebih banyak diguna untuk men- scroll timeline Fb, dan sebagainya. huhu.Jangan bimbang, tak salah manfaatkan kelebihan media massa. Media sosial pun teramat banyak faedahnya. Cuma, setakat mana kita gunakannya untuk perkara yang boleh jadi saksi di hadapan Allah kelak, bahwa nikmat ini,kita cuba manfaatkan sebaliknya.

Lagi epik bila Allah sambung,


"..... Kamu telah bersenang lenang menikmatinya.. "


Ya ampun. Tak tahu nak cakap apa. Bersenang-lenang menikmatinya? Teringat amaran Allah dalam surah Al-Asr,

" Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. "
(103:1-2)


Ya. Tak dapat dinafikan, kita sangat bersenang-lenang dengan masa-masa yang kita lalui. Ambil 2-3 minit, cuba fikir and reflex balik, dalam satu hari yang dah berlalu,  masa mana yang betul-betul kita luangkan dengan efektif? Especially bulan Ramadan ni. Berapa banyak masa yang berlalu, dan kita biarkan berlalu tanpa ada apa-apa yang boleh kita present kan depan Allah kelak?


ihsan google

Berapa banyak masa, yang berlalu tanpa kita ambil walau beberapa minit untuk bercakap dengan Si Dia? Percayalah. walau 5 minit masa kita luangkan untuk bercakap dengan Dia, takkan sama rasanya dengan sejam kita berborak kosong. Masa yang berlalu akan terus tinggalkan kita yang masih terbuai dengan kesenangan dan nikmat sebentar di depan mata. Sampai lastly, Allah kata,



"... maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan, kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana berbuat derhaka (tidak taat kepada Allah).. "



' kerana kamu sombong dibumi tanpa mengendahkan kebenaran '. Allahuakbar. Berapa banyak lagi amaran dari Allah yang kita buat endah tak endah. Dah berapa banyak kali kita ditegur melalui ayat-ayatNya? *menangis


" Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihtan mereka telah tertutup,dan mereka akan mendapat azab yang besar. "
(2:7)


Cukup surah Al-Baqarah ini menjadi amaran tanda sayangnya Dia pada kita. Ya, moga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan yang dikunci hati, ditutup pendengaran. Moga-moga.


No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...