Ramai. Ramai manusia bersesak dalam kedai sederhana besar itu. Aku mencapai sebotol sunblock di rak terdekat, melajukan langkah ke kaunter untuk membuat bayaran.
Ahh selamat. kira-kira aku orang ketiga dari depan. Usai aku keluarkan dompet, aku terus keluarkan kad bank dan member card.
Sambil beratur, mata terpandang pada seorang ibu dan anak beratur di hadapan. Senyuman tawar diberi ibu pada si anak.
" Bu, tapi adik nak yang lain." lembut suaranya. Rendah nada suaranya.
Matanya sayu memandang si ibu, mengharapkan simpati dan ibunya faham kondisinya mungkin.
" ni je ibu mampu dik. Kita beli yang ni je ya?" lembut si ibu bicara.
Aku yang berada betul-betul dibelakang mereka, cuba memandang ke arah lain. Entah kenapa, sedih. Entah kenapa.
Aku sempat memandang barang yang dibeli mereka. Sejenis ubat untuk merawat muka.
Dan dari pandangan kasar, aku dapat lihat jelas, muka anak lelakinya kemerahan. Mungkin sakit? Mungkin kerana itulah, bersungguh-sungguh dia meminta ibunya belikan ubat lain.
Anak lelakinya tunduk usai si ibu bicara.
Mungkin dia sendiri faham, pujuk rayunya tak dilayan.
Ibunya bukan tak mahu, tapi mungkin belum ada wang lebih.
Aku hanya melihat. Mendengar.
Cashier : rm 37.40, akak.
Si ibu: ok.
(sambil menghulurkan duit rm1)
(sambil menghulurkan duit rm1)
Sambung si ibu lagi,
" kejap ea dik."
" kejap ea dik."
Tangannya mencari-cari duit di dalam bag bersaiz sederhana dipakainya.
Akhirnya, dua keping lagi duit rm1 dikeluarkan dari handbag.Dihulur pada cashier.
Anak lelakinya tertunduk disebelah ibu.
Usai bayar, si anak dan si ibu berjalan keluar dari kedai.
Entah kenapa, entah. Aku sedih. Mungkin lebih tepat, kecewa dengan diri? Atau lagi tepat, aku sendiri tak dapat faham dengan perasaan sendiri.
Usai bayar, aku berjalan ke arah angah.
" banyak kan nikmat Allah bagi kat kita? Muka alergik sikit, kita terus beli produk. Rasa muka tak ok sikit, terus keluarkan duit and beli produk mana yang sesuai. Bayar sesenangnya. Banyak sangat nikmat, sampai lupa ramai luar sana yang tak mampu and kita, lupa utk bersyukur dalam sekecil-kecil menda. "
Sambil berjalan ke arah kedai kopi berdekatan, aku sambung,
" Betul la angah. Manusia tak pernah adil. Akhirnya, hanya pandangan Allah yang adil. " aku memandang angah.
" hmm? " angah memandangku penuh tanda tanya.
" kita, manusia selalu letak judge. Contohnya, ohh, orang tu cantik sebab dia pandai jaga muka. Orang tu cantik sebab dia pandai jaga pemakanan. Itulah dalam fikiran kita. Tapi adilkah fikiran sebegitu utk orang yang tak mampu pun beli ubat untuk diri sendiri? "
Aku sambung,
" macam exam. Kita letak yang pelajar yang straight A dalam spm, upsr as pelajar cemerlang. Tapi macam mana dengan orang yang kurang upaya, orang yang tak dapat masuk sekolah pun sebab mak ayh tak mampu. Anak2 yang tak ada IC pun sebab di pedalaman dan akhirnya diorang tak dapat pun hadir ke sekolah and ikut sistem peperiksan yang kita buat. Adil ke peperiksaan tu dijadikan kayu ukur untuk tiap orang, angah? Macam mana dengan ramai orang kat luar sana yang tak mampu atau tak ada kesempatan pun? Tak termasuk yang kurang upaya, yang susah untuk belajar. "
Entah. Aku emo. Tiba-tiba.
" dan sebab tu, manusia tak adil. Kita tahu, neraca pandangan manusia tak pernah adil. Dan sebab tu, hanya Allah yang tahu, adil menilai tiap kesusahan, kesakitan, tiap ujian yang tiap manusia hadapi. Kan? "
Entah kenapa. Kenapa petang tu, aku beremosi, aku sendiri pelik.
Cuma, apa yang aku lihat dan dengar depan mata dialog si anak dan si ibu tadi, buat aku berfikir banyak perkara.
Bahwa. Penilaian Allah adalah segala-galanya. Bila di mata Dia, kita cantik. Maka cantiklah kita pada manusia lain.
Bila reda Dia bersama kita, maka yakinlah urusan kita akan dipermudah walau ujian yang datang, sangat menyakitkan. Sangat menguji keyakinan.

a lovely read. keep up the good work. always rooting for u. >w<)b
ReplyDeleteAlways rooting for you too!🌸🌸🌸
Delete