Okeh. Sekarang dalam pesawatAir Asia D7*** . Dari Japan, kita ke Malaysia insyaAllah.
" Oh, your seat here? " garau suara lelaki Asia ni menyapa. Tersentak. Dari gaya nampak friendly orangnya.
" Oh, your seat 11A? " sambil dia memandang aku.
" Oh, yes! " sambil masukkan hand luggage ke ruang simpanan beg, aku menjawab pertanyaannya sambil tersenyum.
" It so nice! Your seat beside the window! " sambungnya. Mukadimmah sebelum dia bercakap panjang lebar aku kira.
" Yes! I like it! " jawabku ambil syarat.(sebenarnya mengantuk waktu ni, tak sabar nak tidur)
Lepas tu lelaki tadi sambung lagi sembang. Tapi satu benda aku terfikir lepas tu, Allah nak bagi lubang-lubang pahala. Pahala tengok ciptaan dia dari tingkap kecik flight ni. (Jangan ketawa,ni serius😂) Sebab, malam tu terbangun dari tidur, bangun-bangun pandang kat tingkap,nampak bintang ya Allah, cantik sangat.
Allah bagi aku peluang bertaaruf dengan alam ciptaanNya. Dan sungguh, kenal Dia lagi dan lagi, tadabbur ciptaan Dia, merupakan bekalan-bekalan tenaga dalam jalan ni! *
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta! Tak kenal betul2 Allah dan ciptaan Dia, macam mana nak bertenaga! Gituh. Hehe
Menangis mengenang diri yang selalu lupa Dia. T_T
(*Bekalan Di Jalan Dakwah, Syeikh Mustapha Masyur)
***
" Miss Ain Ilyana , can i see your boarding pass? " lembut suara pramugari menyapa.
Dalam separuh sedar dek terlelap tadi, aku mencari boarding pass dalam handbag. Tangan menarik sekeping kertas putih dan dihulurkan pada pramugari tadi
" You want to eat now? " sambil tersenyum dia bertanya.
" Yes! " dalam mamai aku jawab.
" Selamat menjamu selera! " sambungnya lagi sebelum berlalu ke seat lain utk pass makanan masing-masing.
Pandai pramugari ni. Bila dia tengok kita melayu tulen, terus tukar bahasa melayu. Sebab, ye la, lagi mesra and tak wujudkan barrier dengan penumpang bila boleh berbahasa yang lebih mudah difahami penumpang. Hehe.
"Penumpang bahagia, pramugari pun senang bekerja! "
(ni bukan tagline air asia okeh, tagline saya😂)
But, yes i like it. Suka cara pramugari tadi, utk lebih 'mesra pelanggan' , dia guna bahasa yg sesuai dgn penumpang, yang boleh buat penumpang rasa selesa and senang nak bercakap dengan dia.
Terfikir. Begitulah mungkin ciri-ciri kader yang kita perlu ada. Kader dnt yang tak jemu tersenyum manis, yang sentiasa selesa utk didampingi, selesa untuk disembang bersama, selesa untuk dibawa berbincang.
Paling penting, kader yang kita perlukan bukan yang hidup dalam kepompong sendiri, malah kader yang guna method yang sesuai utk bergaul dengan orang sekeliling. Macam pramugari tadi. Guna bahasa melayu utk hilangkan barrier dengan penumpang and lebih mesra penumpang!
" Jalan ini mengubah aku dari segenap penjuru yang aku sendiri tak dapat ramal. Dari malu, aku jadi berbicara bila ia perlu dan perlu diberitahu pada yang lain. Dari kaku dalam dunia sendiri, aku tanpa sedar masuk ke dunia orang lain, cuba memahami kehidupan orang lain, walau aku bahkan mungkin tak punya kuasa utk membantu, tapi aku boleh jadi pendengar. Jalan yang akan mengubah kau dari perkara yang tak kau duga, tapi jika keranaNya, ia pasti mengubah ke arah yang Dia suka. :) "
-ukh abcdef😂
Disclaimer: walau tulis dalam flight, post ni di 'post' bukan hari yg sama~ doakan saya kat sinii.
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...
No comments:
Post a Comment