Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Saturday, 12 August 2017
Aku dan densya?
MEJIRO,
Baru-baru ni sempat teman kawan baik keluar. Keluar di mana dan untuk apa, biarlah rahsia.hehe
Apa-apa pun, ianya dengan tujuan baik-baik,insyaAllah. Pagi ni, tepat jam 10 pagi, kami berlari-lari anak ke eki(stesen) kereta api terdekat. Lagi 3 minit densya (kereta api) nak sampai, lebih kurang lagi 400 meter perlu jalan, dan kad tambang kereta api belum di-topup. Kebetulan pagi, jadi agak ramai orang beratur untuk charge kad masing-masing. Dan saya memberanikan diri untuk topup kad tambang dulu, walaupun tahu dan yakin akan terkejar-kejar kereta api nanti.
Berlari-lari kejar densya. Lagi 2 orang kawan tadi dah sampai depan pintu densya. Dan saya bagai nak terbang, turun tangga untuk sampai betul-betul di depan pintu densya. Dan,
Alhamdulillah,sempat masuk,walau nyaris-nyaris tertinggal.lahai
Ramai jugak orang pagi tadi. Seat kosong pun tak ada. Mungkin sebab pagi, ramai bergerak ke tempat kerja? Atau keluar berjalan. Tapi, kalau di kawasan sekitar tokyo,pagi ke petang,hampir susah nak tengok ada seat kosong. Kecuali kalau kita beratur paling depan,haha.
Tapi hari tu, lepas kitorng masuk first train, memang tak ada seat kosong. Tapi sebab dab biasa kan, jadi tak adalah pelik atau luar biasa pun. Masa tu,saya tengah berdiri betul-betul depan sorang mak cik. Tangan saya genggam kemas-kemas pemegang dalam train. Tak lama lepas tu(lebih kurang 3 minit?) mak cik yang duduk depan tadi bangun sebab dah sampai ke tempat yang dia nak turun. Jadi,seat depan saya tu kosong. Alhamdulillah,terus duduk. Sebab memang haritu tak sedap badan.
Lepas sampai ke tempat yang nak dituju, kalau tak silap di ikebukuro eki (stesen ikebukuro,tokyo), kami terus bergerak ke Yamanote Line. Yamanote Line yang boleh dikatakan antara route yang sibuk di sekitar Tokyo. Sekali lagi, lepas masuk dalam densya, pandang kiri kanan, dan memang tak ada seat kosong. haha, tapi dah expect memang akan penuh, tokyo kot. Apatah lagi weekend.
Teringat waktu tu berdiri depan sorang japanese. Tak sampai 4-5 minit, japanese tadi turun ke next station. Dan sekali lagi saya berpeluang untuk duduk.
Sampai di tempat yang dituju, kami cari restoran indonesia. Tukar selera, dan alhamdulillah nasi daging berlado mak cik indonesia tersangattt sedap. Otw balik beli belah kain di Nippori, dalam densya, sorang kawan saya tiba-tiba menyampuk,
" Murah rezeki Ain harini kan. "
Saya pandang bersahaja.
" Eh, kenapa? " tang mana murah rezeki tu. Kepala ligat fikir apa je yang saya buat arini. Atau, apa je yang saya dapat arini? Anything special? huhu, macam tak ada pun.
" Ain langkah kanan harini. Semua orang yang duduk depan Ain bangun dalam densya, Ain dapat duduk. " sambil dia tersenyum. Kawan yang sorang lagi mengiyakan.
" Ha'ah kan. Saya pun perasan. " dia sambung.
" Oh, ye ea? " dalam separa terkejut, mampu senyum je waktu tu.
Terkejut bukan sebab ape, sebab terfikir, banyak rupanya nikmat Allah bagi, tapi tak terfikir malah jarang bersyukur untuk sekecil-kecil nikmat walau hanya diberi nikmat seat dalam densya! Apatah lagi ke Tokyo, dalam densya yang sesak dengan manusia waktu weekend. Kalau kat kawasan kampung, mungkin dapat seat tu biasa.
Rasa kandou dengan Allah swt. Sweet sangat. Walau masa tu, tak rasa pun dapat seat tu satu nikmat, tapi Allah swt hantar jugak 2 orang kawan ni untuk tegur and untuk ingatkan diri. Rasa macam seolah-olah Allah nak bagitahu,
" Ain, ingatlah Aku! Yang beri pelbagai nikmat supaya engkau berada dalam keadaan sihat dan baik. "
Kadang rasa sweetnya Allah. Dia tak nak bagi kita lupakan Dia walau sekejap. Allah sayang, sebab tu nak kita ingatkan Dia selalu, walau dalam sekecil-kecil perkara kan? Senyum.
Allah, berikan aku kebaikan dalam perkara yang Engkau reda.
" Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)? "
(Al Fatir:3)
p/s: gambar langsung tak ada kaitan dengan tempat saya pegii T-T.hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
hari ni hari Jumaat, alhamdulillah! semua男 (otoko-lelaki) tak ada kat pejabat tempat intra ni. Dua hari. tak, 3 hari. Saya menghadap scre...
-
Al Buruj, gugusan bintang. Bercahaya, cantik di mata. ihsan google " Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran b...
-
Tak tahu kenapa. Ada masa, rasa macam nak putus asa. Tak nak fikir apa-apa. Tak nak mengejar apa yang kabur. Tak nak letak harapan pad...
No comments:
Post a Comment