Mencari tuhan dalam kesibukan
Ingat lagi pertama kali datang sini. Masa tu, kawan satu tempat kerja yang bawak aku sekali. Cantik masjid ni. Tak silap aku, masjid ni baru jugak lagi.
Lepas kawan parking kereta, kitorang jalan pegi pintu masuk masjid. Tenang petang tu. Bukan petang sangat, aku kira hampir senja. Hampir jam 7 malam mungkin.
Kasut kami letak betul-betul depan pintu masuk ke masjid. Depan masjid ni ada dataran lapang. Langkah je kaki masuk masjid ni, aku kira 10 langkah pertama aku masuk, aku nampak sorang lelaki duduk berlunjur di kawasan dataran lapang depan masjid tu. Badan disandar pada tiang masjid tepi dataran tu.
Apa yang menarik perhatian aku waktu tu, bila aku nampak lelaki tadi lengkap pakaian kemeja, dengan tie, memang pakaian orang kerja pejabat. Pakaian formal. Mungkin dia rehat kejap sambil tunggu waktu maghrib barangkali. Raut wajah penat betul. Baru habis kerja mungkin.
Sambil aku teruskan langkah masuk ke pintu masjid bahagian perempuan, aku sempat toleh kiri kanan. Almaklum masa tu first time datang masjid ni. Cantik. Jadi mata duk perhati tiap sudut masjid ni.
Aku toleh sebelah kiri dataran lapang tadi. Sekali lagi. Sekali lagi aku nampak sorang lelaki, lengkap berkemeja, dalam keadaan berlunjur sambil laptop diletak atas riba, fokus pandang screen laptop. Buat saki-baki kerja mungkin.
Kepala aku terawang-awangan. Cuba ingat sesuatu.
***
Lebih kurang setahun tahun lepas. Aku teringat masa tu, sembang santai dengan seorang akhwat ni. Setahun tahun lepas, masa tu aku kat jepun.
Dia bercerita tentang seorang hamba Allah ni, yg bekerja sebagai seorang doctor. Tiap minggu dia akan cuba hadirkan diri ke liqa'. Walau mata dah macam tak boleh bukak. Dia selalu datang liqa', tapi sampai2 je, terus tertidur. Penat.
Walaupun boleh je dia tak yah pergi liqa'. Ye la, dah datang penat2, alih-alih tertidur. Bukan dapat dengar pengisian pun. Tapi dia cakap,
' Yang dia perlukan, keberkatan sepanjang liqa' tu. Walau dia tertidur penat, tp dia berharap dengan adanya dia kat situ, keberkatan Dia bersama dia. '
***
Dan dua orang manusia yang berkemeja tadi mengingatkan aku tentang pencarian. Mencari Dia, dalam sela-sela waktu yang ada. Mencari tuhan dalam kesibukan. Bukan hanya tika berkelapangan.
Kita kadang hanya punya tuhan ketika lapang. Hanya tika sakit. Hanya tika kehilangan.
Jadi di mana tuhan dalam kehidupan seharian?
*Gambargoogle

No comments:
Post a Comment