Tuesday, 5 June 2018

Ramadan Aku


Ramadan ni, ajar yang..
Allah takkan bagi, kalau kita tak nak.
Entah kenapa, kali ni sambut Ramadan dgn banyak persiapan yang rasa mcm tak lengkap. Rasa tercicir jauh. Rasa nak kejar, tapi tertinggal jauh. Rasa sesak. Rasa lost.

" Eh, mcm mana boleh macam tu? "

Aku boleh katakan, Sebab aku rasa mcm tu la, aku tak sanggup lagi tertinggal jauh. Sebab rasa macam tu la, aku rasa Allah masih ingatkan aku. Masih ada cahaya untuk aku bawa, menyuluh sepanjang perjalanan aku kembali pada Dia.

Sampai satu hari, baca tafsir Quran, terbaca ayat:
"Dan sekiranya hambaKu bertanyakan denganmu (hai Muhammad) tentang Aku sesungguhnya Aku hampir. Aku menjawab permintaan mereka yang meminta jika mereka (benar-benar) meminta. Maka hendaklah mereka menyahut perintahKu dan beriman kepadaKu moga-moga mereka mendapat petunjuk ." (2:186)

Allah akan beri pada siapa yg meminta. Allah akan beri pada yg betul-betul meminta. Dan saat tu jgk, aku sedar. Selama ni aku belum sungguh-sungguh minta pada Dia. Mungkin banyak waktu, aku adukan pada manusia.

" Ya Allah, kali ni betul-betul aku meminta.. "
Aku betul-betul kosong. Hilang punca. Aku tahu, aku hanya ada Dia.

Lepas tu, satu persatu Allah tunjuk jalan. Jalan tak pernah aku duga.

Allah tunjuk cahaya walau sebelumnya aku rasa hidup mcm dalam gua. Gelap gelita. Takde cahaya. Tak ada jalan keluar.

Tiap hari, banyak sangat dapat belajar walaupun dari keluarga. Kalau sejak balik dari jepun, aku asyik jadikan alasan enviroment punca aku jauh dari Dia. Harini Allah ajar aku yang, manapun kita ada, kalau kita tahu pada siapa sepatutnya kita bergantung, cahaya dari Dia, pasti ada.

Dan Allah, hampir tiap detik, Dia ajar aku mcm2, even dari family sendiri.

Sungguh, Allah memberi pada siapa yang meminta. 😔

Dan, aku tak malu untuk bagitau orang lain. Tiap manusia, bukan selalu dia di atas. Dan bila dia jatuh, dia takkan selamanya jatuh. Bila dia meminta, Allah pasti ada..
Aku bagitau sebab, nak bagitau yang, kita tak pernah terlambat untuk berlari pada Dia. Kita tak pernah terlambat untuk kejar syurga Dia. Dan Allah, Dia lah yang Maha Mengetahui, siapa yg benar-benar kembali dan meminta. :)

Dan, kita tak pernah terlambat utk balik pada Dia.
Dan Allah masih bagi harapan.
Dan Allah masih bagi dan bagi. Tanpa henti.

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...