Tuesday, 25 September 2018

..........

Tadi scroll2 notes dalam telefon.
Terjumpa satu note. Note tu, saya tulis masa awal-awal dulu, masa jumpa akhwat pantai timur.

Teringat ada satu minggu tu, usrah kami ada satu task kena buat. Dan untuk buat tu, perlu guna wifi. Dan family sy mmg tak ada wifi kat rumah, sebab apa? Sebab masing2 ada keitai(fon), jadi mmg tak ada wifi.🤔

Jadi, masa tu hujung minggu, mintak walid hantarkan kat kedai cyber cafe yg terdekat. Sebab rasa mcm dah mcm tertinggal train(lambat) buat task tu.


Ajak adik sorang teman pergi kedai tu. Alhamdulillah, ambil satu PC, dan buat task tu. Sekali sekala dengar suara budak2 kat meja dekat-dekat situ.

Lepas hampir 2 jam buat task tu, alhamdulillah, PC yg saya guna, tiba-tiba shut down dengan sendirinya. Dan alhamdulillah jugak, seorang ainur tak save apa-apa file yang dia buat selama hampir 2 jam tu..

Masa tu, hontouni rasa nak menangis.
Rasa nak give up dah, cakap kat adik,

"Jom la kita balik, ain. "

Dalam masa yang sama, sebab sedih terus pm direct sorang ahli usrah waktu tu, bagitau semua task hilang..

Tak lama lepas tu, belum sempat apa-apa..
Masuk satu mesej.

" You have been topup rm50 "

Dan mesej dari akhwat tu,

" Ainur, guna topup tu, buat data 20GB, guna hotspot. Nanti ainur buat task kat rumah, boleh luang masa dgn family sekali, tak perlu keluar. "

Perasaan masa tu.. rasa mcm Allah baik sangat.
Padahal, masa tu, duit ada je, cuma sebab masa tu, rasa senang kalau buat kerja kat cyber cafe terus.

Tapi seorang akhwat tu, dia selalu nakkan yg terbaik utk orang lain.

" Buat kerja kat rumah n ainur boleh tunaikan hak masa pada family. "

Akhwat tu, busy orangnya. Tapi dalam sela-sela waktu yang ada, dia memberi dan terus memberi. 

Sebab dah nak nangis, mesej kat walid,

" Walid, datang ambil alg, alg nak balik.. "

Cakap kat ain,

" Mcm mana ni ain? Allah baik sangat, ain. Baik sgt. "

Saat kita rasa harapan tiada dan diuji, saat tu, tanpa kita sedar, andai saja kita meminta,

Dia pasti memberinya.❤️



No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...