Wednesday, 5 December 2018

Harapan

Maka, nak dijadikan cerita, 23 tahun lepas, seorang Ainur dilahirkan sebagai seorang perempuan, anak sulung dari sebuah keluarga yang sederhana.

Walaupun dah 23 tahun, masih ada yg sudi sambut birthday, hehe, arigatou ne.

By the way,  time hari jadi tu, Allah hadiahkan banyak kerja kat office, banyak issue kena settlekan. Alhamdulillah, Allah nak seorang Ainur belajar something pada hari dia dilahirkan, hehe.
Oh, bukan tu nak cerita sebenarnya.

Semalam lepas makan-makan,

Diorang cakap, nak dengar ‘Harapan’ sempena birthday ni.

Shoujiki ni (Honestly), masa tu terkedu, sbb seorang ainur pun tak terfikir apa-apa harapan atau cita-cita sempena hari lahir dia. Cuma, masa tu, tiba2 terfikir, ima tottemo hoshii koto ga arunda (ada something sy yang nak sangat2 jadi )

Then, terkeluar smalam,

“ nak jadi orang yang beri manfaat pada orang lain. “

Tottemo hoshii na, to omou.

Nak jadi orang yang mana, selalu belajar something dari tiap orang yang dia jumpa.

Selalu belajar dari sisi-sisi kebaikan orang lain. Someone yang selalu belajar walau sikit kebaikan dari tiap orang.

Sebab aku percaya, tiap orang mesti ada kebaikan masing-masing. Setiap orang, mesti ada walau sikit rasa nak buat baik. Dan aku, nak belajar dari kebaikan-kebaikan yang ada pada tiap orang yang aku jumpa.

Dan,

Selalu jadi someone yang mana, orang lain dapat belajar walau sikittt kebaikan dari diri ni.

Kepada semua yang hadir dalam hidup aku sepanjang 23 tahun ni,

Terima kasih. Pasti ada sesuatu Allah ingin kita belajar dari perkenalan kita hingga ke hari ini. 😊

No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...