Entah kenapa.
Mata pedih. Sesekali aku tutupkan mata.
Ahh. Terasa kelopak mata bergenang.
Mahu menangiskah aku?
Atau.
Letihkah kau wahai mata?
Entah. Aku tak punya jawapan. Walau mungkin orang terdekat kerap bertanya,
" Awak ok ? "
" Ain ok? "
Yang aku mampu, pandang wajah orang yang bertanya, memberi senyuman tanda betapa aku terharu ada yang bertanya. Dan, aku anggukkan kepala,
" InsyaAllah, saya ok. "
Apa perasaanku?
- aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.
Cuma, mungkin ada rasa yang hanya aku dan tuhanku sahaja yang tahu.
Cuma, mungkin ada perkara yang, aku perlukan masa untuk merenung kembali, dan melihat apa yang perlu aku baiki.
Aku fikir begitu. Tiap persoalan yang aku sendiri kabur dengan jawapannya, aku tahu saat itu hanya tuhan yang tahu.
Dan bila aku sendiri kabur dengan perasaanku, saat itu juga aku sedar,
Kekuatan yang kita (manusia) punya, hanya dari Dia. Kita takkan dapat lalui apa yang kita hadapi sekarang, tanpa Dia.
Dan aku?
-Jawapan pada tiap kekusutan aku hari ini. Semestinya ada padaNya.
Dan kamu?
Jika merasa seperti ada sesuatu yang tidak 'lepas' atau sesuatu yang menyesakkan dadamu,
Tanya lah pada tuhanmu. Aku pasti Dia punya jawapan.
Malah jawapan yang lebih tepat untuk beri segala jawapan pada tiap kekusutanmu.
Noktah.
Setitis pengalaman, sedikit perasaan dan sedikit penulisan. Moga yang baik diambil dan moga Allah permudahkan. oh, lupa. Mungkin juga sedikit luahan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fasa Baru
Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...
-
Aku ada walid.😊 Baru lepas cakap telefon dengan walid tadi. Walid selalu buat aku reflex diri, apa aku sedang buat, apa yang aku kena bua...
-
Assalamualaikum,jumaat. Hari ni penghulu segala hari.Alhamdulillah,masih dpt berpeluang merebut ganjaran. Sebenarnya skrg tgah tggu orang,se...
-
Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin menyorok dalam lingkup jahiliah ini. Entah.Entah berapa lama lagi kita ingin tenggelam dalam ta...
No comments:
Post a Comment