Sunday, 16 December 2018

Infirun - Infi Run

Infi run.

Masa dengar pasal run ini, serius, tak terfikir apa-apa maksud disebalik ' infi run '.

Sebelum ke Infi Run ini, seriously tak ada yang terlintas, melainkan, rasa rindu membuak-buak nak jumpa akhwat kesayangan, yang belum pernah bertentang mata atau yang dah pernah jumpa.

' infiru khifafan wa tsiqalan '
Berangkatlah kamu dalam keadaan berat atau ringan.

Infiru. Berangkatlah, bergeraklah, dan berlarilah menuju tuhanmu❤️

Berlari membuat kebaikan semampu mu. Berlari menyebarkan kebaikan-kebaikan dicelah-celah manusia, meski ada masanya, kau tahu, manusia terkadang menghiraukanmu.

Infi run.

Sebab saya as volunteer (disclaimer: bukan runner😅). Masa kat garisan penamat tu, rasa terharu tengok ikhwah/akhwat yang berlari dan sampai sambil tolak stroller anak-anak. Ada yang sampai anak tertidur. Kata mereka, itulah infi run. Terasa benar pelbagai kesusahan menolak stroller sampai ke garisan penamat.

Yang single pula, lain ceritanya.
Mungkin stuggle bila mahu hadirkan diri utk program? Disebalik penatnya kerja dan kelas, exam, task dan mcm2.

Begitulah. Untuk sampai ke penamat itu (hari akhir) , kadang memerah tenagamu. Kadang terasa benar beban yang perlu dipikul. Kadang terasa jauh benar penamat itu. Jauh benar perjalanan ke syurga itu.

Tapi begitulah kita diuji. Dunia adalah ujian. Yang membezakan, ialah bagaimana kita menjadikan dunia as bekal untuk hari penamat nanti.

Begitula Infi Run kali ini benar-benar menyentuh saya. Everyone have their own struggle, but, infiru khifafan wa tsiqalan !

Susah, tapi bila kita berkehendakkan kebaikan, maka percayalah Allah akan mudahkan !!

Jzkk semua ikhwah/akhwat yang terlibat. Moga Allah mudahkan urusan kita dalam jalan ini. Ameen2, insyaAllah.❤️




No comments:

Post a Comment

Fasa Baru

Huh. Berhabuk blog ni, hehe. Hisashiburini, update blog. Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan, banyak yang perlu settle dan akhirnya...